web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Roh' Bukan Filem Biasa-Biasa Untuk Festival Filem Luar

Berpaksikan filem 'thriller' penuh dengan ketegangan, 'Roh' cuba mengangkat tema universal menerusi subjek penting ini selaras dengan standard seni visual dalam pembikinan filem.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2021 2:47PM

Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang pada awalnya telah mencetuskan polemik dan kontroversi dalam kalangan pemain industri kreatif perfileman kerana hendak dianjurkan pada saat ramai yang terkesan dan hilang mata pencarian akibat pandemik COVID-19 telah pun berakhir dengan penuh hambar tetapi selamat. 

Dalam kehambaran itu, filem Roh arahan Ermin Izwan yang diterbitkan Kuman Picture telah diangkat sebagai Filem Terbaik FFM31. Ada yang menganggap keputusan ini sebagai menepati ramalan dan ada juga yang beranggapan sebaliknya. 

Yang beranggapan sebaliknya berpendapat Roh tidak memiliki ramuan sempurna sebagai Filem Terbaik. 

Roh adalah sebuah filem indie seram mengenai kehadiran seorang kanak-kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam sebuah hutan zaman dahulu. 

Walaupun premisnya bagus serta dibantu barisan pelakon yang bukan calang-calang, namun garapannya dilihat sedikit longgar dan tidak begitu kuat. 

Dalam kategori utama FFM31 ini, Roh bersaing hebat dengan Fly BY Night terbitan Another Planet, Sangkar (Primeworks Studios, Infinitus Gold, MM2 Entertainment dan Astro Shaw), Ejen Ali The Movie (Primeworks Studios dan Wau Animation) serta Geran (Layar Pictures). 

Di antara keempat-empat filem lain yang turut tercalon dalam kategori ini, Fly By Night dilihat sebagai pencabar yang terdekat kerana ia mempunyai premis yang cukup menarik dan jalan cerita yang penuh dinamik. 

Diarahkan Zahir Omar, Fly By Night adalah sebuah filem drama ngeri jenayah yang mengisahkan empat pemandu teksi yang memeras ugut wang daripada penumpang kaya untuk membayar hutang mereka. 

Akan tetapi keadaan menjadi buruk apabila salah seorang daripada mereka bekerja dengan mangsa untuk mengugut kekasihnya, manakala seorang pegawai polis dan kuncu-kuncunya berserta geng along sedang mengejar mereka. 

Andai kata, ia tidak menggunakan terlalu banyak dialog dalam campur dalam bahasa Kantonis, Mandarin dan English, mungkinkah ia boleh menewaskan Roh

Bahkan, ada yang menganggap filem Geran arahan Areel Abu Bakar adalah calon yang lebih layak untuk menang kerana ia mengangkat budaya seni persilatan Melayu iaitu Silat Gayong.

Geran menyorot kisah mengenai sebuah keluarga pesilat yang perlu pertahankan nama dan tanah rumah mereka daripada tergadai setelah adik mereka lari dengan geran tanah dan mahu menjualnya kepada manusia yang kapitalis. 

Geran juga mempunyai premis yang baik dan filem ini ini juga punya kekuatannya yang tersendiri kerana berjaya menonjolkan aspek seni Silat Gayong yang tulen dan aksi pertempuran yang penuh realistik. 

Namun, mengapa Roh yang dipilih sebagai Filem Terbaik FFM31? Apa kekuatan Roh berbanding keempat-empat filem lain yang turut tersenarai dalam kategori yang sama? 

Jika imbas semula penganjuran FFM sejak beberapa tahun kebelakangan ini, filem-filem yang sentiasa diangkat sebagai Filem Terbaik adalah karya filem terbitan syarikat produksi filem indie. 

Bermula daripada FFM26 yang menyaksikan kemenangan KIL, FFM27 (Lelaki Harapan Dunia), FFM28 (Jagat), FFM29 (Adiwiraku), FFM30 (One Two Jaga) sehinggalah kepada FFM31 yang menobatkan Roh sebagai Filem Terbaik. 

Persamaan yang ada pada kesemua filem-filem yang menang ini, semuanya banyak menjelajah ke festival-festival luar negara. 

Ada yang dipilih untuk ditayangkan di festival-festival tersebut dan ada juga yang bertanding, tercalon serta berjaya memenangi anugerah. 

Bahkan, filem-filem ini juga memiliki subjek, naratif dan garapan yang disukai festival-festival filem di luar, termasuklah Roh

Dalam kes Roh, filem ini mungkin dianggap biasa-biasa sahaja di kalangan peminat filem di tanah air, tapi tidak di festival filem luar yang mahukan sebuah filem yang penuh intelektual, mencabar minda serta diperdebatkan. 

Berpaksikan filem thriller penuh dengan ketegangan berdasarkan kisah rakyat untuk mencipta mitos, Roh cuba mengangkat tema universal menerusi subjek penting ini selaras dengan standard seni visual dalam pembikinan filem.

Ini juga yang disukai penonton filem di luar kerana mereka menonton menggunakan bahasa filem dan mahu menjadi sebahagian komponen dalam filem tersebut. 

Tidak hairanlah mengapa filem ini terpilih untuk menjadi wakil Malaysia dalam seleksi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Academy Ke-93 pada awal tahun ini. 

Apa yang nyata, penjurian FFM sejak beberapa kebelakangan ini juga nampaknya lebih menjurus kepada standard penjurian festival-festival di luar negara. Sama ada hal ini disengajakan atau tidak, tapi barangkali, begitulah kehendak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) selaku penganjurnya. 

Apakah perubahan ini mengubah mentaliti studio besar seperti Astro Shaw dan Primeworks Studios untuk cuba melahirkan karya-karya filem berbeza dan tidak lagi bersandarkan kepada karya-karya arus perdana yang mampu mencetuskan koleksi pecah panggung semata-mata?

Antara kemenangan yang turut dipertikaikan dalam FFM31 adalah Zul Ariffin yang memenangi Pelakon Lelaki Terbaik. Ada yang beranggapan Namron dalam Roh atau Fabian Loo dalam Fly The Night lebih layak untuk menang. 

Ketiadaan Fauziah Datuk Ahmad Daud dalam senarai kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik juga turut dipersoalkan kerana lakonannya yang cukup berkesan sebagai Opah atau Puteri Najwa dalam filem Pusaka arahan Razaisyam Rashid begitu banyak sekali diperkatakan di media sosial sewaktu filem tersebut menjengah pawagam. 

Turut dipertikaikan adalah kemenangan adakah kemenangan Putri Syahadah Nurqaseh sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dalam Roh.

Seorang lagi pelakon kanak-kanak iaitu Mhia Farhana juga memberikan lakonan yang jauh lebih berkesan dalam filem tersebut tetapi kemenangan berpihak kepada Putri Syahadah. 

Apapun, FINAS selaku penganjur harus memastikan penganjuran FFM pada masa akan datang tidak sehambar FFM31 lagi. 

Usah lakukan publisiti FFM pada saat-saat akhir kerana ia gagal memberi peluang kepada para penggiat mahupun pencinta filem untuk hadir dan terlibat dalam bengkel-bengkel, seminar dan tayangan filem yang selalunya diadakan seminggu sebelum malam kemuncak FFM berlangsung.

Menyentuh tentang soal segmen persembahan, barangkali ada baiknya kalau kesemua lagu-lagu tema yang tercalon dalam kategori Lagu Tema Terbaik dipersembahkan pada malam kemuncak FFM. - Getaran, 19 Disember 2021

Isu Pada

Glamorama Rozita Che Wan

18 Dec 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara