web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Solekan Natal Untuk Anda Cuba!

Sedia untuk melihat kemilau, warna-warni dan banyak lagi untuk trend solekan natal ini.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Dec 2021 9:47AM

Gambar: Instagram @halfagemini dan @katiejanehughes

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selamat Hari Natal!

Musim perayaan ini sememangnya mempengaruhi solekan dan dandanan rambut si fashionista yang menyambutnya.

Siapalah yang tidak mahu kelihatan cantik dan bergaya pada Hari Krismas ini, bukan? 

Ayuh kita lihat lima trend solekan terkini yang boleh anda cuba untuk menyambut Natal yang segar dan ceria! 

Gambar: Instagram @corinnaardolino
Gambar: Instagram @corinnaardolino

#1 Graphic Liner

Graphic liner telah menjadi trend solekan kegemaran sejak beberapa bulan lalu dan seperti pelitup muka, ia mungkin tidak akan pergi buat masa ini. 

Terdapat banyak cara anda boleh mencubanya, tetapi garisan terbaik untuk menyambut Natal tahun ini tentulah kesan bentuk-V.

Bagi memperlihatkan kesan yang lebih menarik, pekatkan sedikit warna untuk garisan di bawah bawah mata. 

Instagram: Corinna Ardolino

Gambar: Instagram @shairah_ismail
Gambar: Instagram @shairah_ismail

#2 Glitters

Tahun ini, solekan mutiara atau pearl face sememangnya menjadi trend solekan pilihan ramai artis Hollywood ketika melewati karpet merah. 

Solekan jenis ini memerlukan kepakaran jurusolek profesional dan kurang sesuai untuk digayakan untuk cuaca negara kita. Apa kata, anda cuba solekan yang lebih mudah? 

Tambahkan kemilau (glitters) bagi membangkitkan mood yang sama dengan solekan mutiara. Serlahkan lagi mood perayaan dengan menambah celak mata jenis berkilau (shimmer)!

Instagram: Shairah Ismail

Gambar: Instagram @halfagemini
Gambar: Instagram @halfagemini

#3 Soft Matte

Warna-warna pastel memang sesuai dengan Natal. Serlahkan struktur wajah anda dengan solekan soft matte.

Cuba bayangkan solekan peragawati-peragawati era 90-an, tambahkan kontur pipi dan merah muka. 

Kunci bagi mendapatkan kesan matte yang sempurna ini ialah dengan memakai pelembap muka terlebih dahulu. 

Instagram: Soreya

Gambar: Instagram @katiejanehughes
Gambar: Instagram @katiejanehughes

#4 Lifted Eyebrows

Satu lagi trend solekan era 90-an yang kembali membuat kemunculan, tetapi edisi kali ini lebih realistik dan terpahat. 

Fikirkan Kendall Jenner dan Bella Hadid, gaya lengkungan alis kening yang lebih tipis bakal mengangkat keseluruhan wajah anda. 

Untuk mendapatkan solekan ini, lukis kening dari atas ke bawah. Jangan gelapkan bahagian kening dengan pensil kening anda itu tadi untuk kesan semula jadi. 

Instagram: Katie Jane Hughes

Gambar: Instagram @melissa.hernandez
Gambar: Instagram @melissa.hernandez

#5 Pop of Blush

Ramai wanita gemar memerahkan pipi dengan menambah rona merah. Namun pernahkan anda mencubanya di bahagian bawah mata?

Dengan menggunakan matte shimmer-free powder blush, anda mampu menyorok garisan kedut bawah mata dengan solekan mudah ini. 

Teknik ini bakal menonjolkan lagi pipi anda dan memberi kesan ‘flirty’ pada penampilan anda nanti. 

Instagram: Melissa Hernandez

- Getaran, 25 Disember 2021

Isu Pada

Di Balik Pesona Roberto Guiati

25 Dec 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara