web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mempersembahkan Top 15 Miss Universe Malaysia 2022!

MUMO umum 15 peserta akhir yang bakal merebut gelaran Miss Universe Malaysia 2022.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 3:23PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

The Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) secara rasminya mengumumkan Top 15 Miss Universe Malaysia 2022 di Menara MYEG, Petaling Jaya. 

Datin Elaine Daly selaku Pengarah MUMO berkata, “Semua sedia maklum, MUMO berehat untuk beberapa ketika dek pandemik, tetapi di belakang tabir kami tetap menyusun strategi.

“Selepas 2021, kami mahu kembali lebih besar, lebih baik dan lebih kuat daripada sebelumnya. Kami teruja untuk memperkenalkan kepada anda 15 finalis Miss Universe Malaysia 2022!

“Semua peserta memiliki sesuatu yang istimewa, sesuatu yang kita panggil je ne sais quoi sebagai finalis Miss Universe Malaysia 2022,” ucapnya teruja. 

Tambah Elaine, “Di MUMO, kami percaya ia satu keistimewaan buat kami untuk membimbing para finalis ini dalam mencungkil bakat dan potensi penuh mereka.

“Ia satu momen gembira apabila melihat mereka berjaya berubah daripada seorang gadis menjadi seorang ratu cantik sepanjang perjalanannya bersama kami.

“Kami sedang mencari seseorang yang istimewa itu, yang memiliki kecantikan dalaman dan luaran dan yang memiliki aura tersendiri yang menonjol di antara semua.

“Yang paling penting, seseorang yang mampu dengan bangganya memikul tanggungjawab mewakili negara kita sebagai Miss Universe Malaysia 2022.

“Kami berharap tidak lebih daripada dia, melainkan bersinar dengan cemerlang di pentas antarabangsa yang bakal membanggakan semua rakyat Malaysia,” luah Elaine lagi. 

Para finalis akan menjalani kem jati diri yang terdiri daripada beberapa siri latihan seperti kelas kecantikan, sesi kecergasan, bengkel solekan, latihan berjalan dan peragaan serta penggambaran.

Mereka akan diuji dari segi mental dan fizikal serta perlu memiliki ketahanan emosi yang kuat dalam mengharungi minggu kem jati diri yang mencabar dan sukar ini. 

“Melalui pertandingan ini, para finalis akan dapat membina hubungan baharu dan merasai pengalaman sisterhood.

“Mereka juga bakal memperolehi pengetahuan dan pendedahan yang sangat tidak ternilai dalam memulakan perjalanan mereka untuk menjadi insan yang terbaik. 

“Tema tahun ini, ‘Beauty Beyond You’ bakal memberi mereka peluang untuk menyerlahkan bakti sosial yang dekat dengan hati mereka, menggunakan platform Miss Universe Malaysia,” ujarnya.

Sebagai Miss Universe Malaysia 2022, pemenang akan dianugerahkan mahkota berharga RM2.38 juta oleh Habib Jewels.

Pemenang juga akan bertanding pada peringkat antarabangsa di pentas Miss Universe 2022 mewakili Malaysia. 

Selain itu, pemenang turut menerima tajaan hadiah dan berpeluang menjadi Wajah Habib Jewels selama setahun.

Layari MUMO Malaysia untuk mengikuti perkembangan semasa dan melihat profil penuh Top 15 Miss Universe Malaysia 2022. - Getaran, 2 April 2022

Gambar: Syeda Imran

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara