web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syamel Terperangkap Dalam 'Halusinasi'

Setelah setahun menyepi, penyanyi lelaki bersuara lantang ini kembali dengan lagu terbaru yang lebih menyengat.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 9:24AM

Gambar: Rocketfuel Entertainment

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anak jati Kuala Lumpur, Syamel atau dengan nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly (28), kini kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan lagu terbaru berjudul 'Halusinasi.'

Lagu ini ditulis oleh Syamel sendiri, dan turut mendapat sentuhan istimewa dari segi melodi oleh komposer, Iqie Hugh dan Omar K. ‘Halusinasi’ diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment.

Bercerita mengenai ‘Halusinasi’, Syamel berkata, “Ia mengisahkan tentang sebuah hubungan sepasang kekasih yang telah hambar dan tiada persefahaman lagi.”

“Jalan terakhir adalah dengan meninggalkan kisah cinta yang telah terkubur itu namun pasangannya seakan berhalusinasi untuk melepaskannya dan dia akhirnya terperangkap dalam situasi tersebut,” jelasnya.

Gambar: Rocketfuel Entertainment
Gambar: Rocketfuel Entertainment

Mengulas lanjut mengenai lagu ini, “Genre yang saya bawakan kali ini agak berlainan kerana ia ada groove yang berbeza berbanding lagu-lagu balada yang biasa saya bawa.

“Idea 'Halusinasi' datang apabila Iqie (komposer) menghantar demo melodinya dan saya terus terpaku. Kami mengambil masa selama satu hari untuk melakukan proses rakaman.”

“Saya juga akui proses rakaman tergendala seketika ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan.”

“Sejurus tamat tempoh tersebut, kami meneruskan dengan kerja adunan bunyi dan suara serta proses penambahbaikan,” ujar Syamel teruja.

Gambar: Rocketfuel
Gambar: Rocketfuel

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) ini juga sedang giat mengusahakan perniagaan Se-Table di Platinum Walk Setapak bersama tunangnya, Ernie Zakri, turut mengulas, “Saya kini lebih banyak menghabiskan masa menguruskan restoran Ernie. Namun begitu, itu tidak bermakna saya akan meninggalkan bidang nyanyian kerana itu adalah minat saya yang utama.”

Syamel yang turut akan menari dalam video muzik ‘Halusinasi’ berkata setelah hampir satu tahun tidak mengeluarkan lagu terbaru, dia merasakan sekaranglah waktunya untuk kembali menghiburkan peminat.

“Saya harap semua pendengar akan terhibur dengan ‘Halusinasi’ dan teruskan menyokong kerjaya saya,” bingkasnya.

Gambar: Rocketfuel Entertainment
Gambar: Rocketfuel Entertainment

'Halusinasi' boleh dimuat turun di iTunes Store dan boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. - Getaran, 30 Januari 2021

Isu Pada

Kaka Azraff

29 Jan 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Muzik 3 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

4

Muzik 5 bulan yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara