web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menggilai Koleksi 'Hot Wheels' Dari Sekolah Rendah Hingga Dewasa

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hot Wheels adalah jenama kenderaan mainan ikonik berskala kecil yang diperkenalkan oleh seorang pembuat mainan bernama Elliot Handler, yang juga pemilik premis Mattel dari Amerika Syarikat sejak 1968. 

Fenomena Hot Wheels begitu popular sehingga kewujudan para pengumpul permainan ini dapat dilihat di serata dunia dan menjadikan koleksi Hot Wheels sebagai salah sebuah hobi kegemaran ramai. 

Malah terdapat sesetengah model dikeluarkan secara eksklusif dan sukar untuk didapati di kedai-kedai mainan yang lain. 

Nilai sentimental terhadap permainan ini menjadi kegilaan segelintir individu yang sanggup mengeluarkan sejumlah besar wang bagi mendapatkan model Hot Wheels yang ada. 

Minggu ini, Getaran menemuramah saudara Mohamad Khairi Akram Bin Azaman, 27, yang merupakan peminat dan pengumpul tegar kereta mainan Hot Wheels. 

Dia sudah berkecimpung di dalam dunia mengumpul mainan ini lebih daripada 10 tahun.


Dari mana datangnya minat untuk mengumpul Hot Wheels?

Minat ini bermula sejak sekolah rendah lagi. Ketika itu saya mempunyai sekumpulan kawan yang sering menunjukkan model kereta Hot Wheels milik mereka yang hebat-hebat. Biasalah, ketika umur seperti itu, kita mesti mahu menunjukkan kepada rakan sekolah model Hot Wheels kepunyaan masing-masing. Jadi setiap kali saya mendapat model terbaharu, pasti saya akan membawanya ke sekolah.

Sejak bila mula mengumpul dan berapa banyak koleksi Hot Wheels yang anda ada?

Seingat saya ia bermula sejak sekolah rendah lagi semasa saya berada di darjah satu. Ketika itu saya hanya mempunyai satu unit Hot Wheels sahaja.

Tidaklah saya katakan yang saya terus-menerus memiliki dan mengumpul seberapa banyak model dalam masa terdekat. Ia memakan masa.

Mungkin sesetengah individu merasakan hobi saya ini sebagai satu pembaziran namun saya juga bermula secara perlahan-lahan dan mengikut kemampuan. Dari sebuah kereta hingga lah tak terkira sampai sekarang. Malah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun 2020 , saya makin tergila-gilakan Hot Wheels ini. Saya berbelanja sakan untuk model-model kereta yang saya minat ketika itu.

Berapakah pelaburan secara keseluruhan yang sudah dikeluarkan?

Bercakap mengenai pelaburan ia agak subjektif sebenarnya. Saya tidak boleh katakan secara am berapakah jumlah wang yang saya sudah keluarkan untuk memiliki setiap model yang saya ada. Ini kerana nilai atau harga koleksi tersebut bergantung juga pada pembelian daripada saya sendiri dan penjualan semula koleksi saya pada individu yang lain.

Secara kasaranya, seingat saya setakat ini mungkin dalam RM 3000 hingga RM 4000 ribu pelaburan yang saya sudah keluarkan dan seperti saya katakan ia berlandaskan kepada pelaburan yang sentiasa keluar masuk. Ada model yang saya tidak minat, saya jual semula dan akan membeli model yang baharu.

Yang manakah kereta Hot Wheels paling mahal anda miliki, dan kenapa ia mahal?

Buat masa ini model yang paling mahal saya pernah beli berharga RM 1200 seunit iaitu Skyline GT R34 . Ramai jugalah yang bertanya kenapa begitu mahal.

Antara sebab ia mahal kerana model kereta ini merupakan salah sebuah kereta yang dipaparkan di dalam filem Fast and Furious dalam bentuk yang sebenar. Selain itu, ia dihasilkan sebanyak 12500 unit sahaja di seluruh dunia. Nombor sirinya juga main peranan, jika nombor siri permilkan model tersebut lebih kecil, maka lebih tinggi harganya.

Cabaran dalam penjagaan koleksi Hot Wheels?

Setakat ini, cabaran dalam penjagaan koleksi saya adalah mengelakkannya dari dipegang atau disentuh kanak-kanak. Ini termasuk anak-anak buah, saudara-mara, dan anak jiran yang datang ke rumah serta ingin bermain dengan permainan ini.

Saya bukan orang yang kedekut dan tidak membenarkan mereka menyentuh koleksi ini, akan tetapi saya lebih risaukan kereta tersebut hilang atau calar di bahagian badan kereta. Di samping itu, sebagai pengumpul tegar atau ‘collector’, habuk dan debu yang melekat pada kereta itu juga satu cabaran biarpun ia perkara biasa. Oleh itu saya harus rajin sedikit untuk membersihkannya. - Getaran, 29 Mei 2022.

*Semua gambar Mohamad Khairi Akram Bin Azaman

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 bulan yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Malang Memang Tidak Berbau

3

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Kalau Boleh Bersabarlah, Semua Orang Nak Cepat

4

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

'Lesen Terbang' Ke Ni

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap