web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nikmati Juadah Tradisi Sambil Menggamit Memori Di Wak Private Kitchen

Penulis kami Rahayu MN mencuba juadah di lokasi selera yang tular dan menjadi buah mulut dalam kalangan pencinta makanan.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2022 2:36PM

Antara juadah enak yang tersedia di Wak Private Kitchen - Gambar oleh Abdul Razak Latif

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jalan-jalan cari makan, adalah perkara yang sering saya lakukan terutamanya di hujung minggu. Saya gemar mencuba makanan yang lazat-lazat, selain suka melihat bagaimana satu-satu hidangan itu dipersembahkan kepada pelanggan. 

Kali ini saya terpanggil untuk singgah lokasi selera tular dan menjadi buah mulut dalam kalangan pencinta makanan, Wak Private Kitchen.

Istimewanya tempat ini, ia bukan sahaja menyediakan makanan yang membuka selera, malah ia juga mempersembahkan dekorasi yang mampu mengembalikan memori indah ketika berada di kampung halaman. 

Biarpun lokasinya terletak di dalam kawasan taman perumahan di Senawang, Negeri Sembilan, tetapi sebaik sahaja melangkah masuk ke kedai ini, anda bagaikan mengembara ke era terdahulu.

Sesuai dengan namanya, Wak Private Kitchen menghidangkan menu yang dekat di hati masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Jawa iaitu nasi ambeng, lontong kuah lodeh, lontong darat, kacang pool, nasi lemak, roti bakar arang bersama telur goyang dan semestinya lempeng yang dihidangkan bersama kuah kari kambing. 

Hidangannya ternyata tidak mengecewakan. Hati berbunga-bunga setelah dapat mengisi perut dengan makanan ‘orang dulu-dulu’. 

Hilang rasa penat mengharung perjalanan yang mengambil masa kira-kira satu jam dari Kuala Lumpur. 

Jika ditanya hidangan yang mana paling memikat hati? Jawapan saya ialah roti bakar telur goyang dan nasi ambeng. 

Kedua-dua hidangan ini boleh menjadi penyebab untuk saya terus bertandang ke sini lagi. Aroma arang yang ada di roti bakar membangkitkan selera sehingga tidak jemu memakannya. 

Roti bakar telur goyang dan kopi kampung panas
Roti bakar telur goyang dan kopi kampung panas

Begitu juga dengan nasi ambeng, rencah dan lauk semuanya lengkap. Tiada yang kurang.

Ketika asyik memanjakan lidah dengan pelbagai hidangan, halwa telinga juga terbuai dengan lagu-lagu melayu klasik yang menghiburkan. 

Satu demi satu lagu allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma berkumandang memenuhi segenap ruang. Tenyata percaturan pengasas Wak Private Kitchen, Mohd Faizal Salikon, 43, membuahkan hasil.

Nasi ambeng
Nasi ambeng

 

Bermula dengan menjamu kawan-kawan

Menyingkap kisah penglibatannya sebagai pengusaha kedai makan, Mohd Faizal yang lebih mesra disapa sebagai Wak memberitahu ia bermula dengan hobinya yang suka mengumpul barangan antik semenjak tahun 2002 lalu.

Pengasas Wak Private Kitchen, Mohd Faizal bin Salikon atau lebih dikenali sebagai Wak
Pengasas Wak Private Kitchen, Mohd Faizal bin Salikon atau lebih dikenali sebagai Wak

“Ketika itu saya baru pulang ke Malaysia selepas melanjutkan pelajaran di Jepun selama beberapa tahun. Saya memang suka mengumpul barangan antik yang boleh dijadikan koleksi. 

“Barangan antik ini saya kumpul di rumah sendiri dan apabila ia semakin banyak saya mulalah membuka peluang kepada kenalan dan kawan-kawan untuk melihat atau membelinya. Saya namakan tempat itu sebagai Anjung Karat.

“Apabila mereka datang ke rumah, saya selalunya akan jamu mereka dengan makanan yang mudah, macam nasi lemak, lempeng, jemput-jemput. 

“Suatu hari ada kawan yang cadangkan supaya saya menjual menu atau hidangan yang saya sediakan itu. Jadi, wujudlah Kafe Anjung Karat yang hanya beroperasi di rumah saya, iaitu di dalam kawasan perumahan ini juga.

“Konsep kafe adalah makanan ‘pre-order’. Sesiapa yang hendak datang tika itu, perlu buat tempahan awal supaya saya boleh sediakan menu yang diminta. Tapi pilihan menu sangat terhad sebab saya bukannya pandai masak sangat. 

“Malah saat itu saya masih bekerja sebagai seorang jurutera. Hanya pada 2014, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan barangan antik dan kafe secara sepenuh masa. 

“Keputusan ini adalah atas dorongan isteri saya juga kerana dia yakin kami boleh sama-sama menjayakan perniagaan ini,” ujar Wak berkongsi cerita.

Setelah melalui beberapa fasa dalam perniagaannya, Wak akhirnya selesa beroperasi di rumah kayu yang menjadi tapak terkini perniagaannya bermula November tahun lalu. 

Jelas Wak, perniagaannya terbahagi kepada dua kategori iaitu Wak Lempeng yang menyediakan beberapa hidangan sarapan pagi dan kedua Wak Private Kitchen yang sesuai menepati konsep ‘private kitchen’ atau dapur peribadi pelanggan di mana mereka boleh menempah hidangan yang diimpikan untuk makan tengahari, petang dan malam.

Tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal.

Antara koleksi antik Wak yang dijadikan dekorasi Wak Private Kitchen
Antara koleksi antik Wak yang dijadikan dekorasi Wak Private Kitchen

Untuk anda yang masih belum sampai ke sini, bolehlah rancang waktu yang sesuai untuk menikmati juadah tradisi sambil menikmati suasana kampung yang mendamaikan. 

Perlu diingatkan, hujung minggu adalah waktu puncak dan anda mungkin perlu berbaris panjang sebelum mendapat tempat duduk. 

Selamat menjamu selera! - Getaran, 2 Julai 2022






 

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia