Pelakon dan penyanyi yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan pada Oktober lalu, Sweet Qistina memberitahu, dia sama sekali tidak mengabaikan rutin kecantikan biarpun kini sudah bergelar seorang isteri.
Jelas pelakon berusia 24 tahun ini, penjagaan wajah adalah amat penting kerana tuntutan tugasnya memerlukan dia bertemu dengan orang ramai dan berada di hadapan kamera.
“Saya rasa selepas berkahwin, saya alami perubahan hormon dan ia memberi kesan kepada kulit wajah saya
“Jika tidak dibersihkan dengan baik, jerawat senang muncul. Jadi saya tidak acuh tak acuh dalam penjagaan kulit.
“Selain itu, saya juga sangat berhati-hati dalam memilih produk perawatan wajah,” ulas Sweet yang ditemui pada acara promosi rangkaian produk perawatan wajah Nanowhite baru-baru ini.
Sweet yang dilantik sebagai duta Nanowhite tampil berkongsi pengalamannya menggunakan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum yang didakwa mampu mencerahkan kulit dalam masa empat hari dan membuatkan kulit wajah cantik berseri.
Kehadiran produk ini ke dalam pasaran adalah untuk mengubah perspektif kecantikan dengan mempersembahkan kempen ‘No Filter, Just Clear Glowing Skin’ (Tiada Penapis Foto, Hanya Kulit Cerah Berseri), yang diilhamkan untuk wanita Malaysia memiliki kulit sihat dengan penggunaan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum.
Jadi anda tidak perlu lagi menggunakan filter, suntingan dan kesan visual dalam pelbagai aplikasi mudah alih untuk menutup kecelaan, pori-pori dan mencerahkan kulit wajah untuk suapan media sosial.
“Sebelum saya bersetuju untuk menjadi duta kepada produk ini, saya mengambil sedikit masa untuk mencuba produk ini terlebih dahulu.
“Saya mahu pastikan yang ia memang berkesan, barulah saya boleh kongsikan kebaikannya kepada peminat dan pengguna di luar sana. Sejujurnya, produk ini sesuai dengan kulit saya.”
“Kerana puas hati dengan kesannya, saya kini memang menggunakan produk ini sebagai base penjagaan kulit saya.
“Saya boleh nampak kulit saya kelihatan lebih sihat dan berseri. Jadi, tidaklah perlu bergantung kepada filter kamera setiap kali mahu bergambar,” ujar Sweet berkongsi cerita.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif di Tohtonku, Jasper Lim, menjelaskan bahawa Nanowhite ini membantu pengguna memiliki kulit cerah dan cantik berseri dengan menawarkan produk inovatif dan berkualiti.
“Selama lebih satu dekad, kami telah menawarkan produk inovatif dan berkualiti yang menyeluruh untuk membantu pengguna kami memiliki kulit cerah dan cantik berseri.
“Kecantikan adalah subjektif, dan Nanowhite ingin mengetengahkan kecantikan kami bermula dari dalam.
“Dengan kempen ini, kami ingin membantu lebih ramai Wanita Malaysia untuk memiliki kulit yang lebih cerah dan berseri secara semulajadi, tanpa memerlukan filter,” ujar Jasper.
Menurut beliau lagi, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum mempunyai tekstur yang sangat ringan dan mudah menyerap ke dalam kulit menjadikannya menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Dengan teknologi pengkapsulan nano, serum ini 10 kali lebih berkesan menembusi kulit, membolehkan bahan aktif diserap dengan lebih mudah oleh lapisan kulit yang jauh lebih dalam.
“Serum ini juga mengandungi 400 kali lebih banyak kompleks pencerahan berbanding vitamin C untuk kecantikan tanpa filter.
“Terima kasih kepada Sweet Qismina kerana sudi menyertai kami sebagai duta Nanowhite. Kulit wajahnya yang tanpa cela dan cantik berseri sesungguhnya membuktikan keberkesanan Spot Correction Advanced Serum.
“Kami ingin berkongsi rahsia ini agar anda juga boleh rasa yakin dengan kulit anda. Kerana, keyakinan dan kecantikan kulit yang sempurna pasti terpancar dalam swafoto anda!” Jasper.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk perawatan wajah ini, sila layari laman nanowhite.com.my . - Getaran, 24 Disember 2022