web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Daphne Iking Kongsi Tip Bawa Keluarga Bersama Rakan 'Travel' Luar Negara

Perkongsian Daphne berkenaan percutian ke Tokyo dan Nagano, Jepun bersama keluarga dan rakannya yang turut membawa keluarganya itu dikongsi melalui di media sosial miliknya baru-baru ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 10:00AM

Daphne Iking ketika bercuti di Jepun - Gambar Instagram Daphne Iking

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melancong bersama rakan-rakan merupakan antara perkara yang diidamkan hampir semua lapisan masyarakat . Namun, ramai dalam kalangan kita tidak terfikir bahawa tidak susah sebenarnya untuk melancong bersama rakan walaupun anda memiliki keluarga sendiri.

Melalui pengalaman bercuti di Tokyo dan pusat bermain ski pusat bermain ski di Nagano, Jepun baru-baru ini, pengacara terkenal Daphne Iking yang merupakan ibu kepada dua anak telah berkongsi tip untuk melancong bersama rakan yang turut membawa keluarganya sekali.

Menurut Daphne, dia dan suaminya pernah melancong sendirian, bersama keluarga, namun ini kali pertama mereka melancong ke luar negara bersama keluarga sendiri serta rakan dan keluarga mereka. 

“Bermula saat yang menggembirakan, percutian kami berdepan masalah namun, kami berjaya menghadapi masalah tersebut sepanjang perjalanan kami bersama keluarga masing-masing.

“Saya telah juga mempelajari beberapa pengajaran cukup berharga tentang perjalanan bersama rakan saya selama ini. Saya menyatakan perkara ini kerana ia adalah pengalaman benar saya. True friendship is tested when you are traveling TOGETHER!,” katanya menerusi satu hantaran di media sosialnya.

Antara tip yang dikongsi oleh selebriti tersebut adalah, seperti berikut.

 

1.Jangan harap hanya sepenuhnya terhadap rancangan satu pihak

Pertamanya, jangan hanya satu pihak sahaja yang merancang dan menyediakan semua persiapan bagi semua pihak. Contohnya, sebagai wakil keluarga saya, suami saya Azmi menjadi perancang pelan bersama rakan saya yang menjadi wakil bagi keluarganya.

Penglibatan dari kedua-dua pihak akan memastikan kedua-duanya mampu berbincang dan senang bagi kita untuk mengetahui keselesaan masing-masing. Pertimbangkan kehendak semua orang.

 

2. Merancang budget

Jangan sesekali lupa perkara penting ini, kerana tidak semua orang mempunyai situasi atau pilihan kewangan yang serupa. Rakan saya sebenarnya, telah melancong ke Tokyo, terlebih dahulu sebelum kami. Jadi kami terlebih dahulu membuat perancangan mengenai kos penginapan dan makanan sebelum ke negara tersebut, supaya tiada perselisihan kefahaman yang berlaku dari mana-mana pihak.

 

3. Saling menghormati jangan dan jangan buat andain sendiri

Berkompromi!  Kerana ia mampu meredakan satu situasi yang tegang. Bagi saya, saya kenal rakan saya lama dan rakan saya turut mempunyai anak-anak yang sama umur dengan anak-anak saya. 

Jadi mereka terdiri dari kumpulan umur yang sama dan lebih mudah untuk mereka berkawan dan semua aktiviti di sana seperti bermain ski semuanya menjadi lebih seronok apabila mereka bermain sesama mereka.

 

4. ‘Masa bersama dan masa tersendiri’

Anda tidak perlu melakukan semuanya bersama-sama. Kadang-kadang kami makan bersama. Kadang-kadang kita membawa  haluan masing-masing. Kadang-kadang kami akan bertemu satu sama lain dan menggabungkan aktiviti. 

Kami turut merancang untuk  untuk orang dewasa sahaja berkumpul  (walaupun anak perempuan saya melanggar jamuan makan tengah hari kami. Tetapi itu OK. Tolong, habiskan makanan lebihan kami.)

 

5. Berkomunikasi secara berterus-terang

Selesaikan sebarang masalah sebaik sahaja ia timbul. Kami bernasib baik kerana tidak mempunyai sebarang masalah  tetapi mungkin kerana sewaktu peringkat perancangan, kebanyakan isu telah ditangani terlebih dahulu. 

 

6. Sentiasa ‘hadir’

Maksud ‘hadir’ saya di sini adalah, sentiasa berada dengan keluarga anda di setiap tempat yang anda jelajahi secara fizikal dan mental. Jangan terlalu taksub untuk mengambil gambar atau bermain dengan telefon bimbit anda. 

Ini kerana perjalanan yang indah boleh membawa anda lebih dekat dengan pengalaman dan kenangan yang dikongsi. Saya menjauhkan telefon saya daripada sosial media, e-mel dan aplikasi Whatsapp. apabila saya sedang bersiar-siar bersama keluarga dan rakan dan hanya mengeluarkannya telefon untuk merakam video atau ketika saya sedang berehat.

Perkongsian Daphne berkenaan percutian ke Tokyo, Jepun  bersama keluarga dan rakannya yang turut membawa keluarganya itu dikongsi melalui di media sosial miliknya baru -baru ini. - Getaran, 28 Januari 2022

Isu Pada

Jalan Jauh Ayda Jebat

28 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Lawatan Kerja Singkat PM Ke Jepun Perkukuh Hubungan KL-Tokyo

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

3

Selebriti 6 bulan yang lalu

Pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama Meninggal Dunia

4

Gaya 6 bulan yang lalu

'Yellow Collection’ Onitsuka Tiger Rai Kehadiran Musim Luruh/Dingin 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara