web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DJI Mini 2 SE Sebesar Tapak Tangan Menonjolkan Keupayaannya

Memiliki berat kurang daripada 249 gram, Mini 2 SE ialah dron 'ultraportable' (boleh dilipat), mesra peraturan yang dikecualikan daripada peraturan dron di beberapa bahagian dunia.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 8:21AM

Dron ini dilengkapi dengan beberapa ciri pintar dan menjadikannya mudah digunakan dalam pelbagai senario penerbangan - Gambar DJI Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak 2006, DJI telah menjadi peneraju dunia dalam dron awam dan teknologi kamera kreatif sehingga hari ini. Baru-baru ini, sebuah lagi barisan dron daripada DJI telah diperkenalkan iaitu DJI Mini 2 SE.

Keluaran model tersebut memperlihatkan jenama DJI sentiasa menaik tarafkan dron-dron yang ada bagi menonjolkan lagi teknologi dan penggunaan alat ini yang kini menjadi penting kepada hampir keseluruhan sektor yang ada.

Persoalannya apakah lagi kemajuan yang dicipta oleh model terbaharu ini? Mari lihat apakah inovasi dron kali ini lebih menarik ataupun tidak dengan tawaran harga RM1,599 seunit

DJI Mini 2 SE dicipta dengan saiz sebesar tapak tangan yang ringan sesuai untuk merakam detik-detik harian. Dengan berat kurang daripada 249 gram, Mini 2 SE ialah dron ultraportable (boleh dilipat), mesra peraturan yang dikecualikan daripada peraturan dron di beberapa bahagian dunia.

Jadi ia lebih komersial dan anda tidaklah mempunyai masalah berat yang berkait dengan undang-undang ketika menerbangkannya.

Selain itu, dipasangkan penderia kamera CMOS 1/2.3 inci dengan rakaman video pada 2.7K dan resolusi foto sehingga 12MP. Ciri-ciri dan titik harga yang berpatutan ini menjadikan dron Mini 2 SE sesuai untuk pemula dan juruterbang dron yang berpengalaman.

Tambahan ciri terbaru kepada siri mini ini, ia menyediakan beberapa ciri pintar dan menjadikannya mudah digunakan dalam pelbagai senario penerbangan. Mini 2 SE menyokong sehingga 10km penghantaran video HD dan memberikan anda keupayaan untuk terbang lebih jauh serta melihat dengan lebih jelas.

DJI Mini 2 SE dicipta dengan saiz sebesar tapak tangan yang ringan sesuai untuk merakam detik-detik harian - Gambar DJI Malaysia
DJI Mini 2 SE dicipta dengan saiz sebesar tapak tangan yang ringan sesuai untuk merakam detik-detik harian - Gambar DJI Malaysia

Masa penerbangan pula mececah maksimum 31 minit. Jadi cukup rasanya masa tersebut untuk anda menerbangkan dron dan merakam video atau mengambil gambar sehingga puas sebelum mengecas baterinya semula.

Selain itu, antara ciri pintar lain yang dipasangkan pada Mini 2 SE ialah sistem QuickShots dan Panorama untuk tangkapan yang lebih kreatif. Malah pada kelajuan angin 10.7 m/s, dron masih boleh berlegar dengan stabil dan memastikan imej stabil

Tambahan pula, ia turut dilengkapkan dengan kamera berkuasa membolehkan zum digital 4X anda beralih antara tangkapan jarak dan komposisi yang berbeza-beza semasa merakam video HD.

Konklusinya, penulis berpendapat dron DJI Mini 2 SE ini menampilkan teknologi dan ciri-ciri yang sederhana baik seiring dengan harga yang ditawarkan. 

Namun untuk pemula, mungkin segelintir daripadanya tidak beberapa sesuai kerana ia mempunyai kaedah penggunaan yang memerlukan pemahaman teknikal dengan lebih teliti sebelum menerbangkan dron. - Getaran, 18 Februari 2023 

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia