web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kami Sempoi International Agensi Jadikan Kandungan TikTok Sebagai Sumber Pendapatan

Menurut pengasas KSIA To Chin Swee, kumpulannya telah mengasah bakat lebih 600 pencipta kandungan TikTok di bawah agensinya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:00AM

To Chin Swee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aplikasi media sosial TikTok kini merupakan salah satu aplikasi popular di dunia dan ia telah mengubah kehidupan ramai orang.

Pemasaran digital melalui aplikasi berkenaan menjadi keperluan bagi sebuah jenama yang ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dengan menggunakan khidmat pempengaruh (influencer).

Hari ini, ramai golongan influencer di Malaysia yang dilahirkan di TikTok berbanding dari platform media sosial lain.

Bahkan, ada segelintir selebriti kita hari ini, asalnya seorang  pempengaruh di TikTok yang berpeluang untuk mengasah bakat hingga menjadi seorang selebriti.

Antara kumpulan yang terawal mengasah bakat pencipta kandungan di TikTok setiap hari adalah Kami Sempoi International Agensi (KSIA), yang menjadikan platform TikTok sebagai sumber untuk menjana penjana dapatan.

Menurut pengasas KSIA To Chin Swee, kumpulannya telah mengasah bakat lebih 600 pencipta kandungan TikTok di bawah agensinya.

“KSIA ini merupakan inisiatif bagi kita untuk menolong kepada yang ingin menjana pendapatan daripada platform TikTok ini.

“Saya mulakan, KSIA ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020. Ketika itu saya sebagai salah seorang TikToker selalu buat konten sehingga ianya menjadi viral dan saya dapat duit dari situ.

“Jadi, selepas beberapa bulan, saya menjadi salah seorang TikToker yang mempunyai pengikut ramai, syarikat TikTok mendekati saya untuk membuka satu agensi untuk mencari bakat dan TikToker yang berpotensi untuk menjadi influencer.

“Jadi, di KSIA kami mengasah para TikToker untuk ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engage’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut, dan pada  masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya kepada Getaran.

Menurut To Chin Swee yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Cik Chin Swee, TikTok ini adalah satu platform untuk pemasaran digital.

Kata anak kelahiran Melaka itu, TikTok adalah satu wadah yang menjadi pilihan di mana penstriman langsung dan video berdurasi pendek rancak digunakan untuk tujuan pendapatan pengguna.

“Pada masa kini, TikTok bukan hanya sebuah platform media sosial untuk hiburan semata-mata, tetapi ia lebih dari itu.

“Kami di KSIA, tekankan perkara itu bagi setiap pengguna TikTok, supaya mereka yang berusaha lebih jika mahu jana pendapatan lebih.

“Hal ini kerana, ramai usahawan-usahawan yang kecil bergantung kepada selebriti dan influencer untuk memasarkan produk mereka, namun mereka tidak sedar bahawa, mereka juga mampu untuk promosikan produk mereka sendiri, jika mendapat tunjuk ajar  yang sepatutnya,” tambahnya.

Pak Chin Swee yang juga bapa kepada tiga anak berkata, dengan bimbingan kumpulannya, pengusaha kecil boleh menjadi pencipta kandungan dan menjadi hos penstriman langsung yang boleh menarik ramai penyokong.

Tambahnya lagi, seorang hos boleh melonjakkan jualan produk kerana mereka mampu menarik minat penonton dan mempengaruhi mereka untuk membuat pembelian.

“Salah seorang hos kami yang paling popular adalah BabyLynda yang telah berjaya mencipta namanya sendiri.

“Kami bukan hanya bimbing pengusaha, malah kami turut menjayakan kempen #TikTokGuru yang menghimpunkan pelbagai video yang memberikan manfaat kepada  rakyat,” ujarnya.

Menurut Pak Chin Swee, KSIA menganjurkan pelbagai kempen dan trend mingguan untuk membantu pencipta kandungan meningkatkan jumlah audiens. - Getaran, 18 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara