web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Weaving Raya' Tenunan Dan Anyaman Hiasi Intermark Mall Sempena Aidilfitri

Intermark Mall kali ini meraikan sambutan Aidilfitri dengan mengangkat warisan budaya Malaysia dengan memberi penghormatan kepada salah satu bentuk seni tradisional tertua tanah air kita iaitu seni kaya tenunan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2023 8:17AM

Gambar ihsan Intermark Mall

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun masih berada di dalam mood berpuasa, aura kemeriahan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri sudah mula dirasai. 

Bayangkan, bagaimana keadaannya apabila pusat beli-belah Intermark Mall dihiasi dengan keindahan tenunan dan anyaman yang menjadi warisan budaya Malaysia turun-temurun? 

Bertemakan ‘Weaving Raya’, Intermark Mall kali ini meraikan sambutan Aidilfitri dengan mengangkat seni karya anyaman sebagai penghormatan salah satu bentuk seni tradisional tertua tanah air kita. 

Gambar ihsan Intermark Mall
Gambar ihsan Intermark Mall

Pelbagai acara diadakan termasuk persembahan tradisional dan aktiviti kebudayaan yang masih lagi berlangsung sehingga 30 April ini. 

Pusat beli-belah ini menganjurkan pameran eksklusif yang menampilkan hasil anyaman ciptaan, Asmah Ismail.  Nyata hasil kerja tangan penganyam terkenal itu sungguh cantik dan begitu kemas sekali. 

Gambar oleh Izwan Ramlan
Gambar oleh Izwan Ramlan

Pengunjung juga boleh melihat reka bentuk anyaman lain yang menakjubkan dengan lebih dekat termasuk corak bunga yang rumit dan tempoh pembuatannya mengambil masa ratusan jam untuk disiapkan.

Selain menyaksikan keindahan tenunan dan anyaman yang terdapat di pusat beli-belah ini, pengunjung juga boleh membeli hiasan anyaman tersebut. 

Gambar oleh Izwan Ramlan
Gambar oleh Izwan Ramlan

Selain itu, Intermark Mall juga mengadakan kerjasama dengan Taylor’s International School Kuala Lumpur untuk menganyam 1,000 unit ketupat bagi tujuan mengumpul dana untuk rumah anak yatim. Ketupat yang menjadi lambang perpaduan serta kesyukuran ini akan digantung di sekitar kawasan di dalam pusat membeli-belah ini.

Gambar oleh Izwan Ramlan
Gambar oleh Izwan Ramlan

Intermark Mall juga akan menyediakan bengkel menganyam ketupat secara percuma pada 8, 14 dan 20 April jam 12 tengah hari khas bagi pengunjung yang mahu meraih pengalaman mempelajari seni kraf yang indah ini. 

Ketupat yang dianyam pengunjung ini nanti  akan diletakkan di lobi tingkat bawah sebagai hiasan bahkan kepada yang meminatinya, ia juga boleh dibeli pengunjung lain dalam usaha menyokong inisiatif tersebut dan duit tersebut akan disalurkan ke dana derma pusat beli-belah.

Selain itu, pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan  gamelan, kompang dan tarian tradisional Melayu pada 5 dan 13 April pada jam 1 tengah hari,  selain menyelami keindahan muzik dan tarian tradisional Melayu.

Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang menebus set paket Raya edisi terhad dengan pembelian RM300 dan ke atas dalam satu resit manakala mereka yang membelanjakan RM900 dan ke atas dalam satu resit boleh menebus set paket Raya tersebut bersama bakul rotan hiasan. - Getaran, 8 April 2023

Isu Pada

Ismail Izzani: Muzik Motivasi Saya

08 Apr 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Puluhan Ribu Penumpang Dijangka Banjiri Lapangan Terbang Mulai Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara