web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Nikmati Rasa Masakan Cina Halal Szechuan Di Restoran Hua Yi Yuan

Nikmati masakan Cina halal di Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur yang berasaskan rasa masam, 'tajam', pedas, manis, pahit, aromatik dan masin.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 2:02PM

Prawns in Superior Soya Sauce - Gambar oleh Izuan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap kali gaji bulanan masuk, pasti anda mempunyai perancangan untuk menikmati hidangan yang mungkin sedikit mewah bagi memuaskan selera anda.

Bak kata orang seperti ganjaran untuk diri sendiri selepas bertungkus-lumus bekerja.

Ada yang gemar untuk menikmati makanan berkonsepkan bufet atau ala-ala steamboat, ada juga yang mahu menghayati susana di restoran mewah sambil dihidangkan menu yang enak.

Apa kata kali ini, anda self reward diri dengan menggerakkan langkah menikmati masakan Cina halal di Restoran Hua Yi Yuan yang terletak di Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur. 

Restoran ini menyediakan menu yang memiliki rasa authentic Szechuan iaitu masakan berasaskan rasa masam, 'tajam', pedas, manis, pahit, aromatik, dan masin. 

Sebelum itu, diingatkan restoran ini menyediakan tempat makan meja bulat lapan hingga 10 orang dan ia mampu memuatkan sehingga 80 orang. Jadi saiz hidangan setiap menu bergantung pada tetamu yang hadir.

Berikut adalah antara hidangan Cina yang menjadi highlight di restoran ini.

Hot & Sour Szechuan Soup
Hot & Sour Szechuan Soup

Sebagai pembuka selera, nikmati aroma dan rasa yang lebih ringan dahulu dengan menu Hot & Sour Szechuan Soup. Sup ini dihidangkan panas-panas bersama aneka sayuran yang dimasak bersama telur.

Ia amat menyegarkan kerana terdapat rasa halia yang membangkitkan rasa aromatik dan tidak muak kerana sup tersebut memiliki rasa masam dan tidak terlalu pekat.

Pineapple Assam Soon Hock
Pineapple Assam Soon Hock

Bagi penggemar ikan anda wajib memesan hidangan Pineapple Assam Soon Hock. Buat yang tidak tahu Soon Hock juga dikenali sebagai ikan ketutu.

Ikan segar ini dimasak bersama ramuan kuah yang tersendiri dan dicampurkan sekali dengan potongan nenas.

Belum lagi hidangan ini dicubit, anda sudah boleh hidu bau nenas yang menusuk kalbu. Dan semestinya menu ini menghasilkan rasa masam, 'tajam' dan sedikit pedas. 

Beef in claypot with tomato
Beef in claypot with tomato

Bagi menu daging pula, restoran ini menyediakan sebuah yang dipanggil Beef in Claypot with Tomato. Daging ini dimasak berasaskan sos dan buah tomato segar dan menu ini mempunyai rasa masam segar dan masin.

Menariknya, resipi hidangan ini disertakan bersama telur goreng yang dicampurkan sekali dalam satu mangkuk. Jadi anda perlu makan bersamanya untuk mendapat rasa yang luar biasa.

Prawns in Superior Soya Sauce
Prawns in Superior Soya Sauce

Seterusnya, tidak lengkap jika tiada hidangan udang memandangkan ia adalah menu popular bagi kebanyakan masakkan Cina. Dikenali sebagai Prawns in Superior Soya Sauce, sajian ini menyediakan udang yang digoreng rangup dan dimasak bersama sos kicap resepi tersendiri. 

Pada gigitan pertama sahaja, anda boleh merasakan kerangupan pada udang tersebut sebati dengan perisa masin yang kuat, pekat dan sedikit manis pahit pada sosnya. Menu ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak pedas.

Shanghai Pancake
Shanghai Pancake

Sebagai pencuci mulut, anda perlu cuba Shanghai Pancake. Ia seakan-akan tart nenas yang bentuk petak dipotong kecil-kecil dan dimakan seperti snek disusuli dengan air Chilled Longan.

Mi Suah with Seafood
Mi Suah with Seafood

Turut disediakan menu lain yang dicadangkan ialah Itik panggang, Beancurd with Assorted Mushroom dan Mi Suah with Seafood. Jadi tunggu apa lagi?

Rancang perjalanan anda dan hadir ke restoran Hua Yi Yuan. Sebarang pertanyaan, klik pautan ini. - Getaran, 14 Mei 2023 

Isu Pada

Aishwarya Rai - Aura Nandini dan ‘Women Empowerment’

13 May 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 7 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

3

TARA 1 tahun yang lalu

KyoChon 1991 Malaysia Kini Disahkan Halal, Jangan Terus Ragu-ragu

4

Selera 1 tahun yang lalu

Familymart Malaysia Hentikan Penjualan Alkohol Di Semua Kedai 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia