web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Familymart Malaysia Hentikan Penjualan Alkohol Di Semua Kedai 

FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan alkohol di semua kedai bagi menambah keyakinan umat Islam untuk terus berbelanja di kedai serbaneka itu.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 7:30AM

Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pengurusan Halal JAKIM Razi Hassan (tengah) menyampaikan sijil halal kepada Pengarah Urusan QL Maxincome, Chia Lik Khai (dua kanan). - Gambar FamilyMart Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

FamilyMart Malaysia  mengumumkan FamiCafé di Menara U, Shah Alam telah mendapat pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menjadikannya kafe kedai serbaneka pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan halal.

Pensijilan halal ini selari dengan usaha berterusan FamilyMart Malaysia dalam memastikan para pelanggan berbelanja dan menjamu selera tanpa was-was dalam premis miliknya. 

Kedai-kedai FamilyMart Malaysia juga akan menjalani audit halal secara berperingkat mengikut panduan JAKIM, dan prosesnya telah bermula di dua kedai lain.

Selaras dengan perkembangan ini, FamilyMart Malaysia juga telah menghentikan penjualan alkohol di semua kedai bagi menambah keyakinan umat Islam untuk terus berbelanja di kedai serbaneka yang terkenal dengan menu oden dan juga pelbagai snek Jepun. 

Chia Lik Khai menampal logo halal pada penyejuk makanan ringan panas, disaksikan Razi Hassan. - Gambar FamilyMart Malaysia
Chia Lik Khai menampal logo halal pada penyejuk makanan ringan panas, disaksikan Razi Hassan. - Gambar FamilyMart Malaysia

“Penjualan alkohol telah dihentikan bermula Mac lalu dan keputusan ini dibuat bagi memastikan FamiCafe berjaya mendapat sijil halal daripada JAKIM,” ulas Pengarah Urusan QL Maxincome Sdn Bhd, Chia Lik Khai pada sidang media selepas majlis penyampaian pensijilan halal daripada JAKIM pada Rabu.

Sebagai sebahagian daripada inovasi berterusannya untuk mengembangkan semangat ‘Konbini’ bagi memenuhi gaya hidup dan keperluan pelanggan, FamilyMart akan memperkenalkan konsep FamiCafé seperti yang terdapat di Menara U di semua kedai.

Konsep yang disahkan halal ini menyajikan minuman kafe dan makanan yang tersedia untuk dimakan yang disiapkan di dalam kedai. Ini termasuk makanan kegemaran sepanjang masa seperti oden, snek panas seperti chiki katsu rangup dan sosej (corndog), serta sofuto.

Konsep FamiCafé menggabungkan minuman kafe berkualiti dan tawaran sajian dengan keselesaan masa dan lokasi. Sejak pelancarannya, konsep ini telah menerima sambutan baik untuk kualiti, nilai dan keselesaan yang ditawarkan. 

Gambar ihsan FamilyMart Malaysia
Gambar ihsan FamilyMart Malaysia

Sehingga kini terdapat 16 FamiCafe di Malaysia, dengan sasaran untuk membuka 50 FamiCafe menjelang akhir tahun 2023. Semua FamiCafe serba baharu akan mengadaptasi susun atur yang disediakan JAKIM, manakala stor sedia ada akan diubah suai untuk tujuan sama. FamilyMart Malaysia menyasarkan status halal untuk 300 FamiCafe menjelang tahun 2025.

Dalam pada itu, Lik Khai juga memberitahu pihaknya kini sedang giat melebarkan sayapnya ke negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung, dan Kuantan merupakan lokasi pertama membuka pintu.

“Sebagai tambahan, FamilyMart kini giat berkembang ke pantai timur Semenanjung Malaysia. FamilyMart Malaysia sedang mengenal pasti lokasi-lokasi sesuai untuk memenuhi permintaan pelanggan di rantau itu dan menyasarkan 20 kedai akan dibuka menjelang akhir 2023. Cawangan FamilyMart sudahpun dibuka di beberapa lokasi di Kuantan, Pahang”, ujar Lik Khai 

Untuk terus menambah keselesaan, FamiCafé FamilyMart di Menara U juga mempunyai kiosk layan diri, membolehkan pelanggan memesan produk menggunakan e-dompet atau kad kredit kegemaran masing-masing. 

Pelanggan bebas untuk melihat barangan lain sementara pesanan disiapkan. Kiosk layan diri akan diperkenal di FamiCafé yang lain secara berperingkat. Pusat penyediaan makanan FamilyMart Malaysia yang dikendalikan oleh QL Kitchen telah diiktiraf halal oleh JAKIM sejak 2019. Setakat 30 April 2023, 172 produk makanan jenama FamilyMart didaftarkan halal di portal halal rasmi JAKIM. - Getaran, 11 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selera 7 bulan yang lalu

Tangkak Beef Noodle House Kini Sah Halal, Buka Cawangan Kedua Di Berjaya Times Square

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

3

TARA 1 tahun yang lalu

Nikmati Rasa Masakan Cina Halal Szechuan Di Restoran Hua Yi Yuan

4

TARA 1 tahun yang lalu

KyoChon 1991 Malaysia Kini Disahkan Halal, Jangan Terus Ragu-ragu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia