web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 7:46AM

Anwar dan Joko Widodo menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam pengiktirafan bersama pensijilan halal bagi produk domestik, yang diwakili Ketua Pengarah JAKIM, Hakimah Mohd Yusof dan Pengerusi Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia, Muhammad Aqil di Seri Perdana hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Produk dan logo halal Malaysia yang disijilkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memasuki pasaran Indonesia tanpa halangan, susulan pemeteraian memorandum kerjasama (MoC) antara kedua-dua negara, berhubung Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang telah ditandatangani semalam.

JAKIM dalam kenyataan memaklumkan, malah produk yang dikilangkan di Indonesia dan memakai logo halal Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) selaku badan pensijilan halal di republik itu, juga boleh memasuki pasaran Malaysia.

“Kerjasama ini sekali gus memudahkan pengeksportan produk Malaysia ke Indonesia, serta menyumbang kepada peningkatan perdagangan produk halal antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut menerusi MoC berkenaan, JAKIM disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di Indonesia, manakala BPJPH disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di negara ini.

“Selain itu, MoC ini juga membolehkan kedua-dua negara berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan pensijilan halal yang meliputi aspek latihan, penyelidikan dan analisis produk halal, demi kepentingan bersama.

“MoC ini akan menjadi perintis kepada kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pengurusan halal yang lebih luas, pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo menyaksikan beberapa perjanjian yang ditandatangani wakil kementerian serta agensi berkaitan, dari kedua-dua negara di Seri Perdana, Putrajaya, pagi semalam.

Antara perjanjian yang ditandatangani termasuk Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang diwakili Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi BPJPH bagi Indonesia Muhammad Aqil Irham.

Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia bermula semalam atas jemputan Anwar, susulan lawatan rasmi Anwar ke republik berkenaan pada Januari.

Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

GISB: Orang Ramai Ada Maklumat Perlu Adu Kepada JAKIM - Mohd Na'im

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah