web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kawan-Kawan Selalu ‘Flex’ Kemewahan Sehingga Anda Terkesan? Ini 5 Tip Untuk Atasi

Seseorang yang mengalami masalah kewangan tidak terjamin cenderung membuat keputusan kewangan yang buruk, lama-kelamaan ia akan mempengaruhi kesihatannya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2023 12:33PM

Trend gaya hidup yang menunjuk-nunjuk mungkin tidak memberi kesan kepada sesetengah individu, namun tidak mustahil ada yang berasa kecewa dengan diri sendiri gara-gara tidak mampu menikmati gaya hidup seperti orang lain - Gambar Hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dunia tanpa sempadan. Segalanya di hujung jari. Sebab itulah sama ada suka atau tidak, gaya hidup kita sekarang ini sangat dipengaruhi oleh media sosial. Satu trend yang memberi kesan kepada kehidupan kita ialah tindakan kawan-kawan atau kenalan yang suka ‘flex’ dengan kemewahan yang mereka miliki. 

Masing-masing bagaikan berlumba-lumba untuk menunjukkan status sosial atau kemampuannya kepada orang lain. Biarpun ada ancaman yang menanti, masing-masing bagaikan tidak peduli, asalkan orang lain tahu tentang apa dimiliki, ke mana dia pergi bercuti atau di mana dia menjamu selera. 

Trend gaya hidup yang menunjuk-nunjuk ini mungkin tidak memberi kesan kepada sesetengah individu, namun tidak mustahil ada yang berasa kecewa dengan diri sendiri gara-gara tidak mampu menikmati gaya hidup seperti orang lain.

Dengan kata lain, mereka ini terjebak dengan krisis kurang yakin dengan pencapaian diri sendiri dan pendapatan yang sedia ada.

Seandainya anda salah seorang daripada mereka yang sering berasa sedih, kecewa atau lebih teruk lagi murung dengan kehidupan yang tidak 'seindah' yang dipamerkan di platform media sosial, panduan atau tip berikut mungkin boleh dipraktiskan.

Ingat, setiap manusia rezekinya sudah tertulis. Berhenti membuat perbandingan, kerana hakikatnya anda punya kelebihan yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain.

 

1. Tambah kemahiran diri

Alihkan ketidakpercayaan diri anda dengan cara mempersiapkan diri dengan menambah kemahiran baru seperti memasak - Gambar hiasan Unsplash
Alihkan ketidakpercayaan diri anda dengan cara mempersiapkan diri dengan menambah kemahiran baru seperti memasak - Gambar hiasan Unsplash

Alihkan ketidakpercayaan diri anda dengan cara mempersiapkan diri dengan menambah kemahiran baru seperti memasak, mengedit atau menghasilkan video, menulis novel atau mempelajari bahasa Korea.

Kemudian kongsi kemahiran terbaru ini di platform yang tepat seperti LinkedIn supaya anda mendapat peluang baru atau memanfaatkannya sebagai sumber pendapatan tambahan lain selain pekerjaan utama.

 

 2. Belajar menabung dan melabur

Berbelanja tanpa perancangan boleh membuatkan anda terperangkap dalam masalah kewangan yang sulit - Gambar Hiasan
Berbelanja tanpa perancangan boleh membuatkan anda terperangkap dalam masalah kewangan yang sulit - Gambar Hiasan

Sebelum ini anda mungkin tidak pernah merancang atau membuat bajet untuk perbelanjaan bulanan anda. Ini adalah kesilapan yang perlu diperbetulkan. Berbelanja tanpa perancangan boleh membuatkan anda terperangkap dalam masalah kewangan yang sulit. 

Jadi mulai sekarang buat belanjawan pendapatan anda. Perlu diingatkan supaya anda sesuaikan semua perbelanjaan dengan kemampuan anda. Jangan sampai terlalu memaksakan untuk menabung atau melabur dalam jumlah yang besar sehingga menjejaskan kehidupan harian.

 

3. Jangan tergesa-gesa, go with the flow

Percaya dengan diri sendiri. Janganlah 'overthinking' dengan pencapaian orang lain. Jangan sesekali membanding-bandingkan - Gambar Hiasan Pexels
Percaya dengan diri sendiri. Janganlah 'overthinking' dengan pencapaian orang lain. Jangan sesekali membanding-bandingkan - Gambar Hiasan Pexels

Apapun proses yang sedang anda jalani, hasilnya bukanlah segera. Jadi, ketika anda melihat orang menunjuk-nunjuk di sosial media, katakan pada diri sendiri bahawa itu segala yang diperlihatkan di media sosial itu pastilah yang indah-indah, namun kisah yang sebenarnya belum tentu seindah yang terlihat. 

Jadi, percaya dengan diri sendiri. Janganlah overthinking dengan pencapaian orang lain. Jangan sesekali membanding-bandingkan. 

 

4. Hidup bukanlah semata-mata untuk material

Kemewahan dan wang bukanlah tiket yang menjanjikan kebahagiaan - Gambar hiasan Unsplash
Kemewahan dan wang bukanlah tiket yang menjanjikan kebahagiaan - Gambar hiasan Unsplash

Kemewahan dan wang bukanlah tiket yang menjanjikan kebahagiaan.  Buktinya ramai nama-nama besar yang punya wang berjuta tidak meraih kebahagiaan sehingga sanggup meragut nyawa sendiri. 

Hidup ini perlukan keseimbangan. Cubalah untuk lebih menghargai perkara-perkara lain yang turut mencipta bahagia. Tubuh badan yang sihat juga adalah rezeki dan kelebihan yang diidamkan oleh mereka yang sakit. 

Mempunyai keluarga yang sentiasa ada dalam suka dan duka juga mampu mencipta kegembiraan.  Sebenarnya banyak lagi perkara yang tidak akan terbeli dengan wang ringgit. 

 

5. Cuba berjauhan dengan media sosial

 ‘Unfollow’ akaun-akaun yang ‘negatif’. Sebaliknya ikuti akaun-akaun yang memberi motivasi atau yang berkait rapat dengan kehidupan atau hobi anda - Gambar hiasan Pexels
‘Unfollow’ akaun-akaun yang ‘negatif’. Sebaliknya ikuti akaun-akaun yang memberi motivasi atau yang berkait rapat dengan kehidupan atau hobi anda - Gambar hiasan Pexels

Dek media sosial yang menjadi punca anda tidak percaya dengan diri, jadi cubalah membatasi akses kepadanya. Hanya dengan cara ini anda dapat menjaga mata, hati dan fikiran daripada terlihat perkongsian mereka yang suka menunjuk-nunjuk. 

Jika sebelum ini anda menghabiskan masa melihat media sosial 2 jam sehari, mungkin sekarang perlu kurangkan menjadi satu jam sahaja dalam sehari.

 Selain itu, anda juga boleh ‘unfollow’ akaun-akaun yang ‘negatif’. Sebaliknya ikuti akaun-akaun yang memberi motivasi atau yang berkait rapat dengan kehidupan atau hobi anda.

Selamat mencuba. - Getaran, 11 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 minggu yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia