web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Payanam’ Cara Stylomannavan Dan Isteri Raikan Cahaya Mata

‘Payanam’ dalam bahasa Tamil bermaksud ‘perjalanan’ dan lagu ini adalah hasil kerjasama Stylomannavan bersama isterinya bagi meraikan cahaya mata pertama mereka.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 1:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cara mengekspresikan kasih sayang terhadap seseorang itu berbeza bagi setiap orang, lagi-lagi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Ada yang memberi hadiah serba mewah, ada yang mahu berkumpul bersama, ada yang memberikan kejutan dengan hal-hal kecil dan ada pula yang menghasilkan sebuah karya untuk orang yang dikasihi. 

Itulah yang dilakukan oleh pejuang lagu-lagu moden Tamil tempatan, Stylomannavan lewat karya terbaharunya berjudul ‘Payanam Vol. 2- Illakiyamozhi’. 

‘Payanam’ dalam bahasa Tamil bermaksud ‘perjalanan’ dan lagu ini adalah sebuah kejutan khas dari isterinya Thiviyah buat Stylomannavan mengenai cahaya mata pertama mereka.

Single ‘Payanam’ terbaharu ini merupakan kesinambungan single ‘Payanam Vol. 1- Mannavannin Mannaivi’ yang dicipta oleh Stylomannavan untuk Thiviyah, sang isteri tercinta sebagai hadiah ulang tahun pertama perkahwinan.

Lirik ‘Payanam Vol. 2’ ditulis oleh Thiviyah, yang menceritakan perjalanan kisah hidup cahaya mata mereka, Illakiyamozhi Yuhan Prakash yang kini mencecah usia dua tahun.

Menurut Stylomannavan, single terbaru ini adalah karya pertama yang ditulis oleh isterinya, seorang jurusolek profesional yang langsung tiada pengalaman dalam industri muzik.

 Illakiyamozhi Yuhan Prakash, inspirasi utama lagu 'Payanam Vol. 2'
Illakiyamozhi Yuhan Prakash, inspirasi utama lagu 'Payanam Vol. 2'

Stylomannavan atau nama sebenarnya Yuhan Prakash, 37 merupakan seorang rapper memulakan langkahnya dalam industri muzik pada tahun 2005.

Kemudian kemunculan Stylomannavan terus diterima peminat muzik tempatan dan dia telah menghasilkan lebih banyak karya yang malar segar seperti 'Rakammababy' dan 'KL Kudimagan' sebelum dia mengakhiri zaman bujang pada tahun 2018.

Single ‘Payanam Vol. 1’ diterbitkan oleh Stylomannavan sebagai hadiah kejutan buat isterinya sempena ulang tahun pertama mereka.

“‘Payanam Vol. 1’ merupakan kisah hidup kami, bermula dari perjumpaan pertama kami yang berakhir di pelamin.

“Klip video single ‘Payanam Vol. 1’ dibuat berdasarkan kisah kami. Ia menceritakan perjumpaan pertama kami di lokasi penggambaran untuk lagu runut bunyi filem Vere Vazhi Ille di mana isteri saya merupakan jurusolek semua artis yang terlibat dan saya merupakan rapper lagu itu. 

“Klip-klip semasa penggambaran lagu tersebut berserta dengan kenangan kami selama tiga tahun dating sehingga ke hari perkahwinan dijadikan sebagai visual pendamping untuk video single tersebut,” katanya.

Bercerita lebih lanjut mengenai ‘Payanam Vol. 2’ yang baru-baru ini distrim di Spotify, Stylomnnavan berkata, “Idea asas yang merupakan kejutan dari isterinya itu sebenarnya adalah untuk meluahkan rasa kasih dan sayang kami kepada buah hati kami yang bernama Illakiyamozhi.  

“Di kala negara berdepan dengan ancaman pandemik COVID-19 ini, hampir seluruh negara terperangkap dan merasai impaknya. Sehingga satu tahap di mana, kes-kes bunuh diri makin meningkat dan beban kerja dari rumah memaksa kita mengurangkan masa yang diluangkan bersama keluarga.  

“Melalui single terbaru ini, kami mahu tunjukkan betapa pentingnya keluarga dan masa bersama keluarga, serta kehadiran anak dalam sebuah keluarga,” kata Stylomannavan.

Bait-bait lirik ditulis oleh Thiviyah dengan bersahaja sambil menyelitkan unsur penceritaan pengalaman dari kaca mata seorang ibu.

Berkongsi kisah hidup sebagai seorang rapper Tamil tempatan, Stylomannavan menyatakan dalam banyak aspek, rap dilihat sebagai satu elemen yang bertentangan dengan budaya masyarakat India di sini.

Rapping, merupakan satu skill yang secara automatiknya ada dalam kita. Ia bukan sesuatu yang kita latih. Seorang rapper adalah pemerhati dan menyanyikan apa yang kita lalui.

“Menjadi seorang rapper Tamil dalam industri negara kita, saya banyak belajar daripada para senior rapper melalui kolaborasi bersama mereka,” katanya.

Seperti ‘Payanam Vol. 1’, ‘Payanam Vol. 2’  diterbitkan oleh Superfly Entertainment dan isterinya pada awal bulan ini. Ia turut menyaksikan pembabitan Santosh Logandran sebagai komposer, penyanyi dan penyusun lagu di samping penampilan Naaraayini Balasubramaniam sebagai penyanyinya.

Video rasmi ‘Payanam Vol. 2’ mendapat bimbingan Prakash Ramachandran sebagai penerbit eksekutif dan juga merupakan sebahagian daripada badan penasihat projek ini. Ia dimeriahkan lagi dengan Durges dari Dc Flims Studio untuk susunan visual, pembabitan gambar yang diambil oleh Janagaraj Tiruvalluvan, Celes Ferard serta poster rekaan December Vinoth Madivanan. Video ini bakal dilancarkan tidak lama lagi. - Getaran 17 Julai 2021.

Semua gambar: Ihsan Stylomannavan

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Muzik 3 bulan yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

3

Muzik 3 bulan yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

4

Muzik 5 bulan yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara