IOUpay, sebuah syarikat teknologi kewangan dan perdagangan digital dengan sukacita mengumumkan pelantikan penyanyi dan pencipta lagu, Yuna sebagai wajah myIOU.
Mengambil konsep ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BSBK), myIOU ialah aplikasi perkhidmatan pembayaran yang dibangunkan oleh IOUpay.
Ia menawarkan pilihan pembayaran fleksibel kepada peruncit dan peniaga e-dagang untuk pelanggan luar talian (kedai fizikal) dan dalam talian mereka.
Sebagai ikon belia, pemilihan Yuna adalah untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memilih BSBK sebagai kaedah bayaran masa kini.
Ia juga bertujuan memupuk kesedaran tentang manfaat BSBK kepada perniagaan dan pengguna tempatan dalam usaha membantu mereka yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19 ini.
Dengan lebih sejuta pengikut di media sosial, Yuna sebelum ini pernah bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka seperti Malaysia Airlines dan OPPO.
Akses serta hubungannya yang meluas dengan peminat dan pencinta muzik serta teknologi di rantau Asia Tenggara akan menyokong perkembangan myIOU.
Melalui kerjasama ini, Yuna akan mewakili myIOU sebagai pempengaruh (influencer) digital menerusi kempen dan aktiviti promosi di platform media, dalam dan luar talian.
“Tidak dinafikan, saya menggemari jenama tempatan. Saya selalu berkongsi tentangnya dengan peminat dan keluarga saya. Kerjasama dengan IOUpay ini terjalin tepat pada waktunya kerana saya juga sedang mencari cara untuk menyokong usahawan kita pada saat yang genting ini.
“Apabila menyedari BDBK dapat membantu mereka pada waktu mencabar ini, saya berbangga menjadi sebahagian daripadanya. Bersama IOUpay, besar harapan saya untuk mendidik seramai yang mungkin orang kita tentang cara untuk memanfaatkan BDBK,” ujar Yuna.
Baru sahaja dilancarkan pada Jun 2021 lalu, aplikasi myIOU ini dibangunkan untuk menampung pasaran tanpa tunai yang semakin berkembang di Asia Tenggara, khususnya Malaysia.
Dengan myIOU, pengguna dapat memanfaatkan perbelanjaan dengan membahagikan pembelian mereka kepada dua, tiga atau enam kali pembayaran bulanan tanpa faedah.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar myIOU, sekiranya mereka layak atau sudah sedia ada mempunyai kad kredit atau debit tempatan.
Pengguna berdaftar layak mendapat kelulusan kredit segera sebanyak RM1000 untuk permulaan bagi membeli barangan daripada peniaga-peniaga yang diluluskan oleh IOUpay.
Antara dagangan terkemuka di myIOU termasuk Brooks Malaysia, Buffalo Malaysia, Kapten Batik, KK Supermart, Klingen & Erlesen, Teppanyaki Malaysia dan banyak lagi.
Layari myIOU Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 1 September 2021
Semua gambar kecuali tertera: IOUpay