web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Sebab Utama Untuk Memiliki GoPro

GoPro adalah sebuah kamera yang kini digilai ramai dengan kecanggihan teknologi yang dipasangkan. Apakah ia berbaloi untuk dimiliki? Ketahui sebab utama anda perlu mendapatkannya.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2022 11:27AM

Cetusan idea untuk menghasilkan GoPro bermula daripada pengasasnya iaitu Nick Woodman yang ingin merakam detik-detiknya saat melakukan aktiviti meluncur air.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GoPro adalah jenama sebuah kamera aksi ciptaan daripada syarikat teknologi Woodman Labs dari Amerika Syarikat yang berfungsi untuk merakam video dan menangkap gambar.

Lazimnya, ia digunakan dalam penggambaran aktiviti lasak seperti sukan ekstrem, skuba dan terdapat juga sesetengah individu menjadikan ia sebagai peralatan rakaman berkonsepkan kandungan vlog.

Cetusan idea untuk menghasilkan teknologi ini bermula daripada pengasasnya iaitu Nick Woodman yang ingin merakam detik-detiknya saat melakukan aktiviti meluncur air secara dekat di perairan Australia pada 2002.

Bermula daripada situ, siri pertama keluaran gajet ini telah dilancarkan pada tahun tersebut dan kini GoPro sudah memiliki 10 siri dengan naik taraf cir-ciri teknologi yang begitu canggih.

Kegunaannya meningkat naik dan menjadi kegilaan ramai terutamanya individu yang gemar membuat kandungan video dan siri ke-11 GoPro pula bakal diumumkan keluarannya pada September ini.

Apakah sebabnya begitu ramai  ‘menggilai’ gajet ini dan mahu memilikinya?

Segmen teknovasi kali ini berkongsi lima sebab utama yang ada pada GoPro untuk dimiliki.

Rakaman Suasana Acara Art Of Speed Menggunakan GoPro 9

Paparan Sudut Lebar (Wide Angle)

Paparan adalah kelebihan utama bagi gajet ini kerana ia mempunyai lensa kamera sudut lebar yang mengagumkan. Samada menerusi rakaman atau tangkapan gambar, bagi siri Hero 10 (model terkini) ia memaparkan keluasan lensa sehingga 155 darjah dan resolusinya mencecah 5.3k.

Jadi tiada isu gambar atau rakaman tersebut pecah jika ia dizumkan. Ditambah lagi dengan sistem kestabilan yang ada, paparan anda pasti tidak bergegar dengan jelas jika digunakan secara lasak.

Saiz Praktikal

Sebuah lagi kehebatan yang menjadi tarikan kepada pengguna, GoPro dicipta dalam bentuk dan saiz yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Selain itu, jika ia dipasangkan bersama beberapa alat sokongan seperti tali dada, fungsinya boleh dimanfaatkan untuk aktiviti lasak seperti menunggang motosikal atau meluncur angin.

Anda tidak akan merasai tampungan yang berat di mana-mana bahagian anggota badan. Ini termasuklah jika anda ingin merakam atau menangkap gambar objek di tempat yang sempit seperti dicelahan batu atau dinding.

Ciri-ciri lasak GoPro meyebabkan ia boleh digunakan di bawah air.
Ciri-ciri lasak GoPro meyebabkan ia boleh digunakan di bawah air.

Ketahanan

Jika dibandingkan dengan penggunaan kamera DSLR atau telefon pintar, ketahanan yang ada pada GoPro boleh dikatakan lebih baik untuk paparan jauh kerana lebih utuh dan boleh digunakan di dalam air. Begitu juga kemampuan aras kedalaman jika ia dimasukkan di dalam air namun ia bergantung pada siri digunakan.

Sementara itu, ia juga boleh bertahan dalam keadaan cuaca yang panas atau sejuk. Apatah lagi jika ia dikenakan bersama pelindung skrin dan badan peranti, kekuatannya lebih terjamin untuk ia digunakan pada bila-bila masa di mana jua anda berada.

GoPro boleh dipasangkan kepada sebuah dron untuk merakam video dari aras yang tinggi.
GoPro boleh dipasangkan kepada sebuah dron untuk merakam video dari aras yang tinggi.

Gabungan Peranti

Gabungan yang dimaksudkan adalah GoPro yang mempunyai kesesuaian untuk dicantumkan atau dipasangkan bersama teknologi lain. Antara gabungan popular ialah peranti dron, di mana ia boleh dipasang di peranti tersebut untuk diterbangkan bersama bagi merakam atau menangkap gambar pemandangan dari aras yang tinggi.

Selain itu, terdapat beberapa inovasi yang dicipta oleh penggemar permainan kenderaan alat kawalan jauh di mana ia dilekatkan bersama untuk merakam suasana ketika ia dipandu.

Terdapat juga penunggang motosikal yang memasangkan GoPro pada bahagian bawah (menggunakan alat sokongan) untuk mendapatkan sudut pandangan dari bawah.

Tetapan Mesra Pengguna

Bagi penulis, tetapan yang ada pada GoPro tidaklah sesukar mana dan mudah untuk difahami. Secara asasnya, fungsi merakam atau menangkap gambarnya seakan-akan sama seperti tetapan yang ada pada telefon pintar.

Malah bermula siri yang keempat, teknologi sistem sentuh pada skrin telah diperkenalkan dan ia amat mudah untuk digunakan. Begitu juga dengan aplikasinya yang dimuat turun menerusi telefon pintar.

Ia senang untuk di paring dan setiap rakaman atau gambar yang diambil senang untuk dimuat turun serta di dalam memori telefon pintar.

Oleh itu, bagi penulis ia amat sesuai dimiliki oleh individu yang gemar membuat rakaman atau menangkap gambar untuk aktiviti yang lasak. Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan teknologi yang dipasangkan di dalam peranti tersebut. - Getaran, 10 Ogos 2022

 

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 11 bulan yang lalu

Hero 12 Black, Peranti Kecil Berciri Besar

2

TARA 1 tahun yang lalu

Hero11 Black, Padat Dengan Pelbagai Ciri-Ciri Menarik Dalam Pakej Kecil

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Peluang Menang Vespa Sempena #GoProRaya!

4

Jelajah 3 tahun yang lalu

Sertai GoPro Untuk ‘Bermimpi’ Buat Malaysia!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN