web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Virtuos Tubuh Studio Di KL, Sokong Pertumbuhan Sebagai Hab Pembangunan Permainan Video

Syarikat yang telah menyumbang kepada permainan video yang ikonik seperti Assassin's Creed, Call of Duty, Demon's Souls, Final Fantasy telah melancarkan studionya di Kuala Lumpur!

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 9:30AM

Pasukan Virtuos Kuala Lumpur, (dari kiri) Boon Yan Toh, Mufizal Mokhtar, Ian Ng Siong Yoong, Noorazhar Mohd Noor dan Johaness Reuben - Gambar ihsan Virtuos Kuala Lumpur

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Virtuos, sebuah syarikat pembangunan permainan video global yang terkemuka telah melancarkan studionya di Kuala Lumpur yang akan memberikan perkhidmatan pembangunan permainan, kejuruteraan serta pengeluaran seni secara menyeluruh kepada beberapa pemaju dan penerbit permainan yang terbesar di dunia. 

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Virtuous dalam satu kenyataan bersama menjelaskan pelancaran Virtuos Kuala Lumpur akan menjadi tambahan penting kepada sektor permainan video Malaysia yang berkembang pesat.

"Dengan kerjasama kerajaan Malaysia, Virtuos akan memberi tumpuan kepada pengembangan selanjutnya dan melatih bakat baharu," menurut syarikat itu.

Pengurus Besar Virtuos Kuala Lumpur Mufizal Mokhtar melahirkan keterujaan untuk memainkan peranan aktif dalam industri pembangunan permainan Malaysia dan pertumbuhan ekosistem digitalnya.

"Terima kasih kepada sokongan kerajaan Malaysia serta rangkaian Virtuos kami di peringkat global, kami mengalu-alukan kedatangan bakat terbaik ke dalam pasukan kami yang terdiri daripada pelbagai budaya dan bersama-sama, menjadikan permainan video lebih baik," katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Virtuos, Gilles Langourieux berkata dengan pelancaran Virtuos Kuala Lumpur, syarikat itu teruja untuk menyumbang kepada pendigitalan dan pertumbuhan Malaysia sebagai hab pembangunan permainan video serantau

"Kami bercita-cita untuk meningkatkan angka jualan tempatan kami kepada 300 menjelang akhir 2025, serta menjadi salah satu studio terkemuka di Malaysia yang memberikan kitaran kepakaran pembangunan permainan video sepenuhnya dan projek yang berkualiti kepada rakan kongsi kami di seluruh dunia," katanya. 

Terletak secara strategik antara ibu pejabat Virtuos Singapura serta studio Asia terbesarnya di China dan Vietnam, beliau berkata Kuala Lumpur adalah pengembangan semula jadi untuk Virtuos di seluruh dunia.

Pengembangan ini juga dibina berdasarkan kepada pelancaran Virtuos di Lyon dan Montreal, serta pengambilalihan Glass Egg di Ho Chi Minh City dan Volmi di Ukraine tahun ini. 

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Arham Abdul Rahman berkata penubuhan studio Virtuos di Malaysia adalah sejajar dengan usaha bagi menarik pelaburan kreatif yang berkualiti, yang akan menyumbang kepada sektor media digital yang pelbagai selain mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi.

"Dengan pendapatan permainan global yang diunjurkan mencapai US$219.90 bilion pada 2022, kemajuan teknologi yang berterusan dalam industri permainan video telah meningkatkan cara permainan video dibangunkan dan meningkatkan pengalaman permainan secara keseluruhan untuk pengguna. 

"MIDA akan terus memainkan peranan aktif dalam mempromosikan industri permainan video yang akan menyumbang kepada ekosistem digital yang mampan dan meletakkan Malaysia di kedudukan teratas dalam senarai negara digital," katanya.

Virtuos yang ditubuhkan pada 2004 adalah syarikat pembangunan permainan video global terkemuka yang beribu pejabat di Singapura dengan studio di seluruh Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Syarikat ini telah menyumbang kepada permainan video yang ikonik seperti Assassin's Creed, Call of Duty, Demon's Souls, Final Fantasy, Horizon Forbidden West dan Medal of Honor: Above and Beyond for Meta Quest 2. - Bernama

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Malaysia Peroleh Komitmen Pelaburan Bernilai RM8.3 Bilion Semasa Minggu Teknologi London - Fahmi

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Kerajaan Komited Tambah Baik Pelaburan Negara, Perkasa MIDA - Anwar

4

TARA 1 tahun yang lalu

Street Fighter 6 Bakal Menggegar Dunia Permainan Video, Lebih 'Real' Dan Mencabar Dengan 4 Karakter Baharu

Sorotan

1

Agong Masyhur Masjid Sultan Ibrahim

2

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

3

PM Mahu Polis Bertindak Tegas Terhadap Pesalah Rasuah

4

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

5

Silap Label Kedudukan Sabah, Sarawak, Proton Mohon Maaf

6

Dr Joohari Wakili Pakatan Harapan Sebagai Calon PRK Sungai Bakap

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

Tip Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Hari Bapa, 5 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bersama Hero Anda

Tak semestinya berikan hadiah mahal, boleh juga buat pelbagai aktiviti menarik

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran