web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2023 9:38PM

Fahmi Fadzil - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemasukan United Kingdom (UK) ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) membuka peluang kepada Malaysia untuk menjadi hab dan pelantar pelancar digital untuk Asia Tenggara, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata slogan “Malaysia Truly Asia” boleh diposisikan semula sebagai “Malaysia through to Asia” dalam dunia digital dengan dasar baharu negara, seiring dengan pentadbiran baharunya, kestabilan politik dan potensi untuk pertumbuhan ekonomi. 

“Jika kami berupaya untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi sektor teknologi dan mengubah Malaysia sepenuhnya kepada sebuah hab serantau, bukan hanya sebagai sebuah pusat data tetapi untuk syarikat teknologi juga, kami akan membolehkan Malaysia merasai pengalaman dekad keemasan digital dan insya-Allah Malaysia akan muncul sebagai harimau digital ASEAN,” kata beliau semasa Majlis Makan Tengah Hari Perangkaian Kementerian   dengan Pusat Data dan Industri Awan, di sini hari ini.

Fahmi berkata UK ialah sebuah negara yang memfokuskan inovasi dan menjadi negara peneraju ketiga di dunia dalam inovasi selepas Amerika Syarikat dan China.  

Dilaporkan bahawa UK adalah negara pertama Eropah yang mempunyai wawasan dan komitmen untuk menyertai CPTPP.

Semasa majlis makan tengah hari itu, kira-kira 19 syarikat di bawah Pusat Data dan Industri Awan dianugerahkan status Digital Malaysia (MD) sejak pelancaran inisiatif strategik negara dengan jumlah pelaburan mencecah RM59.34 bilion dan mewujudkan 952 pekerjaan.

Fahmi juga menyampaikan sijil status MD kepada enam syarikat yang telah membuat komitmen pelaburan berjumlah lebih daripada RM12 bilion, iaitu   Amazon Web Services (AWS), AirTrunk, Equinix, EdgeConneX, K2 Data Centres dan Infinaxis Data Center Holdings.

Sementara itu, empat syarikat tempatan juga mendapat penghargaan atas sumbangan mereka kepada pusat data, industri awan dan pembangunan ekosistem, iaitu  AIMS Data Centre, HeiTech Managed Services (HMS), CSF Advisers and Exabytes.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia   (MDEC) Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC  Mahadhir Aziz turut hadir di majlis itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Putrajaya Bertegas Tidak Benarkan Kontena Israel Masuk Pelabuhan Negara

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bakal Lancar Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak-Kanak Dan Keluarga

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Perjumpaan Dengan Meta Di Singapura Bincang Komitmen Tangkis Berita Palsu - Fahmi

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 18 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut, Wanita Dan Bayi Cedera Parah Dalam Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight