web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penggemar Fotografi, Siri Honor 200 Ini Adalah Untuk Anda!

Selain tampil dengan spesifikasi canggih dan keupayaan AI, Honor juga berkolaborasi dengan studio fotografi terkemuka di Paris, Studio Harcourt.

Teknovasi Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2024 4:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Honor Malaysia mengesahkan bahawa peranti terbaharu mereka, Siri Honor 200 dan Honor 200 Pro akan memasuki pasaran Malaysia dalam sedikit masa lagi. Perkara ini diumumkan oleh Pengarah Negara Honor Malaysia, Justin Li dalam satu sesi taklimat bersama pihak media pada Selasa lalu.

Siri terbaharu ini merupakan peranti dalam kelas pertengahan, namun dengan spesifikasi ‘luar biasa’, termasuklah fungsi AI (kecerdasan buatan) terbina yang menjadi topik perbualan hangat dunia teknologi ketika ini.  

Satu fakta yang anda mesti tahu untuk kedua-dua siri peranti ini ialah, dalam pasaran Malaysia, ia tampil sebagai telefon pintar pertama dilengkapi dengan ‘Sensor Kamera Telephoto Sony IMX856’. Sensor ini menjanjikan objek gambar yang jauh dengan lebih jelas dan jitu. 

Di samping itu, versi standard Siri Honor 200 ini mempunyai sensor kamera utama Sony IMX906 yang unik, manakala versi Pro pula dilengkapi dengan sensor H9000 yang lebih berkuasa.

Melangkaui ciri sedia ada, Siri Honor 200 juga membawakan tiga kamera utama 50MP yang direka untuk tangkapan potret, yang memanfaatkan Honor Raw Domain Algorithm dipertingkatkan bagi mencipta potret seimbang yang boleh mengendalikan pendedahan di kawasan cerah secara lebih baik, sambil mengekalkan butiran dalam senario cahaya yang lebih gelap.

Bagi mengurangkan kekaburan serta rakaman video yang lebih lancar, ‘Sistem Anti Goyang Berkembar OIS’ juga dimasukkan dalam peranti ini. Ini membolehkan pengguna untuk menangkap gambar dan video berkualiti tinggi yang kelihatan seakan hasil profesional, walaupun dalam keadaan cahaya yang tidak terang. 

Satu lagi fakta mengujakan ialah, bagi mencipta telefon pintar terulung untuk fotografi potret, Honor juga menjalinkan kolaborasi dengan studio fotografi terkemuka di Paris iaitu Studio Harcourt untuk membangunkan ‘Honor AI Portrait Engine’ yang membolehkan Siri Honor 200 menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio. 

Studio Harcourt, yang mempunyai sejarah sepanjang sembilan dekad telah banyak memotret barisan selebriti dan golongan diraja seperti Roger Federer dan Permaisuri Rania dari Jordan.

Studio ini terkenal dengan mencipta potret abadi yang menggabungkan cahaya dan bayang bagi menghasilkan karya agung yang memaparkan penceritaan visual yang mengagumkan.

Secara kesimpulan, Siri Honor 200 ini ditujukan kepada penggemar fotografi dan pengguna kasual dengan menawarkan sistem kamera berkuasa untuk pengalaman fotografi mudah alih yang lebih hebat.

Tunggukan pengumuman harga dan tarikh sebenar telefon ini akan berada di pasaran dengan mengikuti laman Facebook rasmi Honor Malaysia dan laman web rasmi Honor di https://www.honor.com/my/ - Getaran, 7 Jun 2024

Foto : Rahayu MN (kecuali untuk feature image)

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri Honor 200 Tampil Dengan Magic AI Experience, Ciri Foto Potret Paling Menonjol

2

Teknovasi 7 bulan yang lalu

Ciri Penjejak Mata Baharu HONOR Mampu Gerak Dan Hidupkan Kereta

3

TARA 11 bulan yang lalu

Ketahanan Honor X9b Diuji Oleh 2,500 Butir Peluru

4

TARA 11 bulan yang lalu

Honor 90 Lite 5G, Antara Pilihan Telefon Pintar Dalam Pakej 5G Rahmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN