web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Kuih Bulan Kini Boleh Dinikmati Semua Bangsa, Pelbagai Pilihan Tersedia 

Berbeza dahulu, kuih bulan kini turut dihasilkan secara komersil oleh pembuat kuih beragama Islam

Video & Galeri Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 11:23AM

Yusran Jandamin boleh menyediakan pelbagai jenis dan rasa kuih bulan - gambar Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perayaan Kuih Bulan merupakan satu festival yang disambut oleh kaum Tionghua pada hari ke-15 bulan kelapan kalendar Cina, sekitar akhir Ogos sehingga akhir September. 

Asalnya, perayaan ini disambut dengan upacara penyembahan bulan oleh Maharaja China sejak Dinasti Zhou yang turut berkait rapat dengan pesta menuai. 

Amalan ini diteruskan sehingga beberapa dinasti, yang menyaksikan semua ahli keluarga berkumpul dan menikmati kuih bulan di bawah bulan mengambang, sambil ditemani deretan tanglung serta lilin. 

Bagi membolehkan umat Islam turut menikmati kuih tradisional masyarakat Tionghua itu, kuih bulan yang diperbuat daripada adunan manis berinti kacang merah, adunan biji teratai, atau kuning telur masin kini turut dihasilkan secara halal. 

Antara yang aktif dalam pembuatan kuih bulan ini ialah Yusran Jandamin, pemilik Dapur Kitchen yang banyak menghasilkan kuih-kuih tradisional untuk tempahan. 

Menurut Yusran, orang ramai boleh menempah kuih bulan halal melalui beliau dan ia boleh dihantar terus secara pos kepada pelanggan. 

“Setiap 10 biji kuih bulan halal ini mengambil masa hanya 40 minit untuk dibuat dan kami boleh menghantar pesanan ke seluruh Malaysia termasuk sehingga ke Sabah dan Sarawak,” katanya yang ditemui baru-baru ini. 

Tambah Yusran, beliau telah memulakan pembuatan kuih bulan halal itu sejak 2017 dan menerima tempahan dari peminat seluruh Malaysia. 

Bekas Penolong Pengurus Jualan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur selama 3 tahun itu turut menyarankan kepada sesiapa yang ingin menempah kuih bulan halal itu untuk memesan tiga hari lebih awal. 

“Ini bagi membolehkan warna pada kuih bulan itu naik dan kelihatan cantik untuk dinikmati oleh pelanggan,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2023

Dapur Kitchen turut menyediakan pek istimewa mengikut keperluan pelanggan
Dapur Kitchen turut menyediakan pek istimewa mengikut keperluan pelanggan
Kuih bulan halal yang dihasilkan Dapur Kitchen menggunakan minyak jagung sebagai pengganti bahan-bahan tidak_halal.
Kuih bulan halal yang dihasilkan Dapur Kitchen menggunakan minyak jagung sebagai pengganti bahan-bahan tidak_halal.
Kuih bulan yang disediakan Dapur Kitchen mendapat pujian pelanggan dari segi rasa dan rupa
Kuih bulan yang disediakan Dapur Kitchen mendapat pujian pelanggan dari segi rasa dan rupa
Kuih bulan yang dihasilkan Yusran Jandamin boleh dihantar ke seluruh Malaysia melalui pos
Kuih bulan yang dihasilkan Yusran Jandamin boleh dihantar ke seluruh Malaysia melalui pos
Pelbagai acuan menarik digunakan untuk membentuk kuih_bulan
Pelbagai acuan menarik digunakan untuk membentuk kuih_bulan
Pelbagai perasa dan inti digunakan Yusran Jandamin sama seperti kuih bulan asli
Pelbagai perasa dan inti digunakan Yusran Jandamin sama seperti kuih bulan asli
Pengalaman di bidang perhotelan selama 3 tahun memberikan kelebihan kepada Yusran Jandamin untuk memasarkan pelbagai produk kuih tradisional
Pengalaman di bidang perhotelan selama 3 tahun memberikan kelebihan kepada Yusran Jandamin untuk memasarkan pelbagai produk kuih tradisional
Setiap adunan dan inti yang digunakan Yusran Jandamin akan dipastikan halal dan bersih
Setiap adunan dan inti yang digunakan Yusran Jandamin akan dipastikan halal dan bersih
Yusran Jandamin Memastikan setiap adunan dan ramuan yang digunakan adalah halal dan bersih
Yusran Jandamin Memastikan setiap adunan dan ramuan yang digunakan adalah halal dan bersih

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Alamak, Mesti Cili ‘Sold Out’ Lepas Ni!

oleh Wartawan Getaran