web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 Jadi Pementasan Kali Pertama Di Istana Budaya Setelah 2 Tahun

Pementasan Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 ini akan memberikan satu tanda aras baharu serta ‘an eye opener’ kepada aktiviti-aktiviti Istana Budaya

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 7:00PM

Barisan pendukung dan pelakon Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir dua dekad dipersembahkan Kumpulan Bangsawan Sri, Universiti Sains Malaysia (USM) di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akhirnya pementasan Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Diterbitkan oleh Istana Budaya dengan kerjasama strategik bersama Persatuan Pesona Seni Kuala Lumpur (Pesona), teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 akan dipentaskan pada 29 Oktober 2022 dan 30 Oktober 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya.

Pementasan teater muzikal karya dan arahan Zaifri Husin yang juga Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya ini diadakan dengan memberi lebih banyak peluang kepada penonton pelbagai kaum dalam dan luar negara menyaksikan keunikan budaya kesenian Malaysia terutamanya dari segi nyanyian, muzik serta lakonan pentas.

Zaifri Husin - Gambar Alif Omar
Zaifri Husin - Gambar Alif Omar

“Syukur alhamdulillah selaku Ketua Pengarah Istana Budaya, saya berpeluang menyampaikan sidang media satu pementasan teater yang berskala besar bagi Istana Budaya.

“Pementasan Teater Muzikal Jula Juli Bintang Tujuh ini adalah sebuah pementasan teater muzikal yang pertama sejak negara mengalami krisis COVID-19 pada tahun 2020. 

“Pementasan ini akan memberikan satu tanda aras baharu serta ‘an eye opener’ kepada aktiviti-aktiviti IB pada masa akan datang kepada jabatan ini,” kata Ketua Pengarah Istana Budaya Zubaidah Mukhtar yang baharu berkuatkuasa bermula 3 Oktober lalu.

Menurutnya, sebagai sebuah pementasan yang berskala besar dan cemerlang, persembahan pada kali ini akan dihidangkan dengan pelbagai unsur-unsur khas yang akan disajikan kepada penonton. 

Zubaidah Mukhtar - Gambar Alif Omar
Zubaidah Mukhtar - Gambar Alif Omar

“Antara beberapa kesan khas yang akan digunakan dalam persembahan ini adalah visual mapping, hologram, fly, sparkular fall, spark flash dan lain-lain lagi. 

“Penggunaan kesan-kesan khas ini akan memberikan satu nilai tambah disamping memberikan nilai kekaguman kepada persembahan ini,” ujarnya.

Pementasan teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 bakal menjadi pementasaan unggul, susulan kegagalan pementasan teater muzikal pertama di Istana Budaya bagi tahun ini ‘Moyang Salleh’ di Panggung Sari.

Pementesan tersebut dibatalkan susulan produksi tidak mendapat penajaan yang mencukupi untuk menampung kos produksi, kini Istana Budaya  membawa  pementasan teater muzikal yang lebih menarik.

Teater muzikal ‘Moyang Salleh’ yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 31 Ogos ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah dibatakankan dan dipindah ke lokasi dan tarikh baharu iaitu  di Auditorium Raja Melewar, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan (JKKN NS) pada September lalu.

Shiha Zikir - Gambar Alif Omar
Shiha Zikir - Gambar Alif Omar

Teater muzikal Juli Juli Bintang 7 ini akan menampilkan dua bintang utama iaitu Shiha Zikir sebagai Puteri Bongsu dan Zam Ryzam sebagai Putera Mahkota, penyanyi Malaysia yang menjadi pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Dangdut Academy Asia musim keempat mengalahkan 36 peserta dari enam (6) buah negara.

Mereka akan dibantu  barisan penyanyi dan pelakon tanah air iaitu Ezad Lazim sebagai Putera Mambang, Joey Daud sebagai Raja Kayangan, Idris Brown sebagai Jin, Lazarul dan Rabi’atul atau lebih dikenali sebagai Rai, masing-masing sebagai Pak Mat dan Mak Eton serta Syukor Ibrahim Bachik sebagai pendita dan pencerita.

Turut ditampilkan Fiza Thomas sebagai salah seorang puteri dan penglibatan warga Istana Budaya antaranya Dhiya Suhaili yang memegang watak Puteri Sulung, Boy B4AV sebagai Ahli Nujum dan dibantu Artis Tari Istana Budaya.

Mahmood Haji Ibrahim yang lebih mesra dengan panggilan Ce’Mud selaku pengarah tari akan menghasilkan pelbagai tarian melibatkan gabungan elemen tradisional dan kontemporari. 

Ezad Lazim - Gambar Alif Omar
Ezad Lazim - Gambar Alif Omar

Kisah fantasi ini bermula dengan perebutan untuk memiliki 7 Puteri Jula Juli di antara Putera Mambang dan Jin di kayangan sehinggakan Raja Kayangan membuat keputusan menghantar puteri-puteri ke bumi untuk mengelakkan huru-hara.

Puteri-puteri disumpah menjadi buah delima lalu dicampak ke bumi dan Raja Kayangan menawarkan Putera Mambang dan Jin bahawa sesiapa yang bertemu dahulu dengan puteri-puteri, merekalah yang berhak memiliki mereka.

Pementasan selama dua jam ini akan diiringi muzik secara langsung (live) oleh 48 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) yang memainkan 30 buah lagu baharu ciptaan dan gubahan Mohd Hafiz Askiak.

Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 adalah kisah rakyat Melayu klasik yang memaparkan aspek seni, nilai budaya dan warisan tempatan menerusi rekaan busana dan tata rias, rekaan set serta props dan juga kesan-kesan khas yang akan dipersembahkan. 

Tiket berharga RM60, RM80, RM110 dan RM250 boleh didapati di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my bermula 1 Oktober 2022 dan di Kaunter Box Office Istana Budaya bermula 26 hingga 30 Oktober 2022. – Getaran, 14 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 6 bulan yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

3

Budaya 1 tahun yang lalu

Istana Budaya Catat Kutipan RM6.144 Juta Pada 2022

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Konsert Solo November Ini Di Langkawi, Ezad Lazim Akui Risau PRU-15 Dan Banjir 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara