web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Istana Budaya Catat Kutipan RM6.144 Juta Pada 2022

Sepanjang 2022, jumlah keseluruhan penonton adalah seramai 29,405 manakala nilai publisiti Istana Budaya berjaya mencecah sebanyak RM52 juta.

Budaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 12:00PM

Istana Budaya pada tahun ini akan membuka tirai dengan program pementasan Konsert Diraja, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan disusuli dengan beberapa program lain - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.

Ketua Pengarah Istana Budaya Zubaidah Mukhtar berkata sepanjang tahun tersebut jumlah keseluruhan penonton adalah seramai 29,405 manakala nilai publisiti Istana Budaya berjaya mencecah sebanyak RM52 juta.

"Sebelum ini, Istana Budaya telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa menerusi penglibatan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dan Artistana dalam beberapa program kesenian dan kebudayaan yang diadakan di negara-negara lain seperti Korea, India dan Vietnam.

"Antara pencapaian yang diraih adalah penerbitan video muzik Asia Traditional Orchestra (ATO) di Gwangju, Korea, Festival Muzik ASEAN-India di New Delhi, India dan Festival Muzik ASEAN-Vietnam di Hoi An, Viet Nam," menurut satu kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu, Zubaidah bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Pelancongan, Seni dan Budaya Mohd Yusri Mohd Yusoff melancarkan Program 2023 Istana Budaya.

Menurut kenyataan itu, Istana Budaya pada tahun ini akan membuka tirai dengan program pementasan Konsert Diraja, Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan disusuli dengan beberapa program lain.

"Hari ini juga pihak kami turut melancarkan kempen Gerak yang bertujuan untuk menyemarakkan kecintaan masyarakat terhadap kesenian negara.

"Antara program yang disusun untuk kempen Gerak ini adalah Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia: Sounds of Malaysia, Siri Jelajah IB Sulur Nakasari, NSO Lambang Sari Series 2023, IB In The Park, Konsert Mega Kembara Muzik Tradisional dan Echoes of Bronze, ASEAN," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 6 bulan yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

3

Budaya 1 tahun yang lalu

Teater Muzikal Jula Juli Bintang 7 Jadi Pementasan Kali Pertama Di Istana Budaya Setelah 2 Tahun

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Konsert Solo November Ini Di Langkawi, Ezad Lazim Akui Risau PRU-15 Dan Banjir 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara