web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsert Solo November Ini Di Langkawi, Ezad Lazim Akui Risau PRU-15 Dan Banjir 

Pada masa yang sama, Ezad memberitahu, pihaknya juga sudah mendapat kebenaran untuk menjayakan konsert solonya itu. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 8:00PM

Ezad Lazim sebagai Putera Mambang dalam muzikal Jula Juli Bintang 7. - Gambar ihsan Istana Budaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemeriahan beberapa penganjuran konsert daripada artis tempatan dalam masa terdekat tidak hanya memberi petanda positif untuk industri hiburan tanah air.

Tetapi pada masa sama, wujud konflik apabila berlakunya lambakan persembahan antara beberapa konsert dalam bulan yang dianggap ‘genting’ dengan agenda-agenda yang bakal berlaku seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) serta amaran banjir.

Perkara tersebut diluahkan Ezad Lazim yang bakal menjayakan persembahan solo, pertamanya di Langkawi pada 25 dan 26 November ini.

“Sebenarnya takut juga buat konsert pada bulan November yang dikatakan bulan yang agak ‘genting’ sebab banyak benda bakal berlaku termasuk ada ura-ura tentang PRU-15 serta musim tengkujuh dan banjir. 

“ Nanti lepas balik buat konsert di Langkawi, rumah pulak tenggelam. Sebab masa banjir dulu, rumah (Kedah) sayakan pernah tenggelam? 

“Satu lagi, pengumuman Menteri Besar Kedah berkenaan semua konsert terbuka di Kedah dihentikan sementara sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) yang baharu agak merisaukan juga.

“Tetapi kita sudah ada perancangan, lagi pun konsert kami  dibuat dalam tempat yang tertutup dan sudah dapat kebenaran untuk diteruskan, jadi rasanya tidak akan ada masalah. Insya Allah, semua perancangan itu diharap dapat berjalan lancar,” katanya yang ditemui Getaran di sidang media Muzikal Jula Juli Bintang 7 di Istana Budaya, kelmarin. 

Ezad dan Amsyar Lee - Gambar fail
Ezad dan Amsyar Lee - Gambar fail

Ketika ditanya berkenan beberapa  lagunya termasuk ‘Mengintai Dari Tirai Kamar yang dinyanyikan semula penyanyi lain termasuk Youtuber di luar negara, Ezad berkata dia tidak kisah mengenai perkara itu. 

Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim mengakui, perkara tersebut ada sisi positifnya apabila lagunya diingat kembali oleh orang ramai.

“Sebenarnya, saya tak ada masalah pun mereka cover lagu itu. Kalau kita lihat dari sudut positif, bila dinyanyikan semula, ramai orang yang dah lupa lagu itu dan ingat balik.

“Orang baru yang tak tahu lagu itu, terus jadi minat selain dapat juga kenal penyanyi asal. Memang ada yang ingat lagu itu dari Indonesia.

“Tapi ramai yang tidak tahu lagu itu sebenarnya lagu Exist. Jadi terurai benda itu, dan orang ramai boleh kenal itu lagu Exists.  Sekurang-kurangnya orang pun dah tahu tentang lagu itu,” ujarnya. - Getaran, 6 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara