web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


“Saya Tak Peduli Orang Kata Pementasan Anak-Beranak” - Farah Berlakon Teater Arahan Fauziah Nawi Dengan Anaknya

Teater 'Srikandi Tun Fatimah' bakal dipentaskan di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama tiga hari mulai malam ini, 27 Oktober.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2022 4:11PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Farah Ahmad mengakui pernah berfikir beberapa kali sebelum menerima tawaran untuk berlakon teater Srikandi Tun Fatimah.

Farah Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Farah, 44, berkata, dia mengakui bukan mudah untuk berlakon teater kerana perlu meluangkan masa yang lama.

“Sebenarnya, melibatkan diri dalam pementasan teater bukanlah perkara asing bagi saya, setiap tahun kami akan ada pementasan teater begini, namun saya hanya di belakang tabir. 

“Jadi teater Srikandi Tun Fatimah boleh dikata teater pertama saya selepas beberapa tahun tidak bermain teater, lagi-lagi bagi naskah sastera seperti ini.

“Sebenarnya seronok berlakon teater, tetapi kekangan masa yang kami alami tidak memberi ‘that sweet time’ untuk kami merasai keseronokan yang lazimnya ada,” katanya kepada Getaran.

Farah Ahmad
Farah Ahmad

Farah berkata, naskhah teater Srikandi Tun Fatimah telah lama diimpikan pengarah Fauziah Nawi yang juga ibu mertuanya, untuk dipentaskan selepas pernah mementaskan naskhah Mahsuri di Istana Budaya pada awal tahun 2000-an.

“Sebenarnya, lama juga ibu mertua saya Fauziah Nawi ingin membuat pementasan Srikandi Tun Fatimah ini, namun baru tahun ini menjadi masa yang sesuai untuk melaksanakan impianyan bersama penulis skrip,  Ladin Nuawi.

“Berdepan isu kekangan bajet dan masa, kami terpaksa mengupah pelakon dan kru dalam kalangan ahli keluarga, iaitu saya dan anak-anak saya sendiri yang berlakon dalam teater ini. 

“Saya juga tidak kisah dengan persepsi orang yang ingin berkata apabila projek Srikandi Tun Fatimah dituduh pementasan anak-beranak.

“Walaupun bajet terhad, suka atau tidak, saya tetap mahu pentaskan teater ini. Inilah cabaran bagi kami orang teater.  Dan juga sebagai seorang anak seni,” ujarnya.

 Fatimah Mhia Farhana (kanan), membawa watak Srikandi Tun Fatimah yang muda
Fatimah Mhia Farhana (kanan), membawa watak Srikandi Tun Fatimah yang muda

Ketika ditanya berkenaan pengalaman pementasan bersama anak-anaknya, Farah mengakui ianya agak mencabar bagi mengatur jadual mereka.

“Saya membawa watak Srikandi Tun Fatimah yang tua dan anak saya iaitu Fatimah Mhia Farhana, membawa watak Srikandi Tun Fatimah yang muda. Namun,  kebanyakan babak dalam naskah ini akan lebih dibawakan Mia. 

“Mia  minat menari dan pandai menari, namun apabila dia kena bersilat dan sebagainya, di situlah cabaran dia untuk membawa watak Srikandi Tun Fatimah yang merupakan seorang wirati dan dalam masa yang sama,  seorang yang patuh pada suami.

“Pementasan teater Srikandi Tun Fatimah adalah pementasan pertama yang patuh syariah. Dan ianya memerlukan kreativiti pengarah untuk berkarya dalam memotretkan sebuah aksi atau adegan,” jelasnya.

Tambah Farah, bukan hanya Mia sahaja yang terlibat dalam pementasan teater ini, namun anak bongsunya turut terlibat namun membawa watak sampingan.

“Pementasan teater Srikandi Tun Fatimah bukannya pengalaman pertama berganding bersama anak-anaknya dalam dunia lakonan ini.

“Namun ini merupakan teater pertama saya bersama kedua-dua anak saya,” jelasnya. 

Mengikut kisah yang bakal dipentaskan, Tun Fatimah digambarkan wanita yang sangat cantik hingga Sultan Melaka, Sultan Mahmud dikatakan menjadi 'gila bayang'.

Namun, disebabkan fitnah Kitul, Raja Mendeliar dan Laksamana Khoja Hassan, keluarga Tun Fatimah dihukum bunuh.

Selepas pernikahan Tun Fatimah dan Sultan Mahmud, Tun Fatimah membawa harta pusakanya ke istana. Berikutan itu, Sultan Mahmud mendapat tahu tiada satu pun bukti menunjukkan bapa Tun Fatimah, iaitu Tun Mahathir merampas kuasa lalu pembawa fitnah kemudian dibunuh. 

Selain Farah Ahmad dan Mia Farhana Firdaus, teater arahan Fauziah Nawi ini turut dijayakan Aqasha, Sobri Anuar, Naqude Ariffin, Mohd Faizal Mohd Ali, Azman Hassan, Azlan Komeng, Raja Emy dan Mohd Nor Fatih. 

Teater Srikandi Tun Fatimah ini bakal dipentaskan di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama tiga hari mulai malam ini, 27 Oktober.– Getaran, 27 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

4

Budaya 11 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia