web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2024 9:44PM

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertunjukan silat di hadapan Masjidil Haram di Makkah atau Masjid Nabawi di Madinah sewajarnya menerima kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi terlebih dahulu.

Ia bagi mengelakkan perbuatan seumpama itu mencemarkan imej negara.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pertunjukan seumpamanya pernah dibuat di dalam Masjid Nabawi, melibatkan rombongan dari Habsyah.

Menurut beliau, rombongan berkenaan mempersembahkan tarian pedang dan ia turut disaksikan Rasulullah SAW serta Sayyidatina Aisyah.

“Tiada larangan bersilat atau membuat persembahan martial art di dalam masjid termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

“ Mungkin diperlukan syarat-syarat tertentu seperti silat itu tidak disertai dengan jampi mentera yang haram menurut hukum syarak seerta mendapat kebenaran pihak berkuasa Arab Saudi," katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Terdahulu, tular satu video memaparkan seorang pesilat lelaki membuat pertunjukan di perkarangan Masjid Nabawi.

Susulan insiden, pesilat terbabit menerima kecaman netizen yang menyifatkan ia tidak wajar dilakukan, memandangkan kesempatan beribadat di Masjid Nabawi jarang diperolehi.

Bagaimanapun, Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, perbuatan tersebut tidak perlu dikecam.

Katanya seperti dipetik Berita Harian, masjid sejak dahulu digunakan sebagai pusat pelbagai aktiviti, termasuk program keilmuan.

Jelas Mohd Izhar, masjid pada zaman berkenaan turut dijadikan tempat latihan memanah sebagai persediaan ketika berperang. - Getaran, 25 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

3

Budaya 9 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan SEA: Gandingan Pesilat Kembar Raih Emas Pada Penampilan Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki