web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 12:19PM

Wan Muhammad Haikal disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 pagi tadi - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang atlet silat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu maut ketika menyertai pertandingan di Seremban, Negeri Sembilan semalam.

Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21 meninggal dunia selepas menerima tendangan pihak lawan.

Beliau sebelum itu rebah dan tidak sedarkan diri, sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan

Kakak sulung Allahyarham, Wan Nor Haslinda berkata, kematian adiknya disahkan pada jam 1.20 pagi tadi.

“Keluarga kami dimaklumkan mengenai kejadian menimpa adik pada jam 5.30 petang semalam oleh jurulatih.

“Beliau maklumkan adik tidak sedarkan diri selepas menerima tendangan pihak lawan dan terpaksa dibawa ke hospital,” katanya, seperti dilaporkan Harian Metro.

Jelas Wan Nor Haslinda, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai insiden dan hanya dimaklumkan mengenai kematian Allahyarham sekitar jam 2.30 pagi.

Beliau memberitahu, Wan Haikal ialah anak keempat daripada lima beradik dan berada di Negeri Sembilan sejak Jumaat lalu untuk program Pra SUKMA. 

“Kedua ibu bapa dan adik bongsu saya sudah berada di HTJ untuk urusan menuntut jenazah sebaik sahaja bedah siasat selesai dilakukan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban berkata, mangsa diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR) selepas terdahulu tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi pertandingan.

“Pasukan APM terus mengaktifkan defibrilator luaran automatik (AED) serta alat bantuan pernafasan beg (BVM) dan oksigen sebaik tiba di lokasi.

“Mangsa dibawa ke HTJ untuk rawatan susulan selepas menerima satu renjatan AED, tetapi pada masa sama COR masih diteruskan oleh petugas sehingga ke hospital,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka