web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permata Seni Mek Mulung Kedah Meninggal Dunia

Budaya Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 2:13PM

Allahyarham mengalami sesak nafas dan rebah di katil rumahnya secara tiba-tiba - gambar JKKN Kedah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tidak sampai sebulan selepas berjaya mengangkat kesenian Kedah Tua yang hampir pupus ke peringkat antarabangsa, pejuang kesenian Mek Mulung, Saipol Bahari Mohd. Iman, 47 menghembuskan nafas terakhir semalam dipercayai akibat serangan penyakit jantung.

Menurut abang sulungnya, Mohd. Ridzwan Mohd. Iman, Saipol Bahari yang merupakan bapa kepada lima anak, meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital swasta dekat sini, semalam.

Katanya, dia menerima panggilan telefon dari isteri arwah kira-kira pukul 6.30 petang semalam yang memaklumkan Allahyarham mengalami sesak nafas dan rebah di katil rumahnya secara tiba-tiba.

"Saya yang ketika itu tersangkut dalam kesesakan jalan raya ketika mahu pulang ke kampung di Alor Setar dari Kuala Lumpur, terkejut mendengar perkhabaran tersebut. Sebaik diberitahu sedemikian, saya meminta agar isteri arwah segera membawanya ke hospital.

"Namun tidak lama kemudian, saya sekali lagi menerima panggilan daripada anak saudara yang menyatakan beliau sudah meninggal dunia di hospital," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Saipol Bahari yang juga Pengerusi Persatuan Penggerak Warisan Budaya Kedah (AKRAB) merupakan sebahagian daripada delegasi Mek Mulung yang berkunjung ke Kasane, Republik Botswana bagi mengadakan persembahan, sebelum mereka terpilih untuk tersenarai sebagai Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara yang Memerlukan Perlindungan Segera daripada Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 5 Disember lalu.

Saipol Bahari (kanan) bergambar dengan Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi, Md. Radzi Hanafi yang juga bapa saudaranya ketika menerima anugerah Pejuang Seni Kedah baru-baru ini - gambar keluarga Allahyarham
Saipol Bahari (kanan) bergambar dengan Guru Utama Silat Cekak Pusaka Hanafi, Md. Radzi Hanafi yang juga bapa saudaranya ketika menerima anugerah Pejuang Seni Kedah baru-baru ini - gambar keluarga Allahyarham

Mengulas lanjut Mohd. Ridzwan berkata, keluarga besar mereka sepatutnya bercuti berama-ramai ke Satun, Thailand hari ini, malah arwah dilihat cukup bersemangat membuat persiapan termasuk melakukan pembelian barang serta membuat penukaran mata wang.

"Daripada bercuti, kami tak sangka rupa-rupanya hari ini kami berkumpul bagi menguruskan jenazahnya. Semua ini sudah ketentuan takdir.

"Kecintaannya terhadap Mek Mulung memang cukup tinggi dan beliau sejak dari dulu, sering bertemu dengan 'orang lama' dalam bidang itu bagi menambahkan ilmu pengetahuan mengenainya. Beliau sentiasa berusaha mencari jalan bagi memastikan Mek Mulung dapat dipopularkan dan seterusnya diangkat ke peringkat tertinggi," katanya, sebak.

Sementara itu  Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri (JKKN) Kedah, Sabarina Masadi berkata, seni tradisi Kedah telah kehilangan seorang permata yang bekerja amat keras bagi kembali mengenengahkan seni Mek Mulung yang merupakan tradisi warisan Kedah Tua.

"Sebelum ini seni tradisi Mek Mulung hakikatnya sudah hampir pupus namun hasil kerja keras arwah bersama kumpulan Mek Mulung dari Wang Tepu, seni kebudayaan ini berjaya kembali diketengahkan hingga mendapat pengiktirafan dunia.

"Kami sebenarnya kehilangan sebutir permata dan amat sukar sebenarnya untuk mencari pengganti seperti beliau. Selepas ini kami perlu bekerja keras dan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenengahkan seni Mek Mulung di peringkat tertinggi kerana perkara itu merupakan impian Allahyarham sejak sekian lama," katanya. - Getaran, 24 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara