web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fokus Kepada Penstrukturan Ekonomi Untuk Mendepani Cabaran Ekonomi - Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 10:21PM

Rafizi Ramli berkata beberapa langkah penstrukturan ekonomi yang telah berjalan dan akan dipercepatkan termasuk penstrukturan sektor tenaga untuk peralihan campuran tenaga elektrik kepada tenaga boleh baharu (TBB) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan negara perlu mengambil peluang dari momentum pertumbuhan ekonomi yang berdaya tahan untuk meneruskan fokus penstrukturan ekonomi yang akan mengurangkan keterdedahan Malaysia kepada cabaran ekonomi di masa hadapan.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata beberapa langkah penstrukturan ekonomi yang telah berjalan dan akan dipercepatkan termasuk penstrukturan sektor tenaga untuk peralihan campuran tenaga elektrik kepada tenaga boleh baharu (TBB).

Kerajaan telah mengumumkan beberapa dasar baharu pada bulan Mei ini dan pengumuman seterusnya akan dibuat dalam masa terdekat mengenai langkah-langkah kerajaan mempermudahkan dan menyebarluaskan penggunaan tenaga solar di kediaman domestik.

“Ini bertepatan dengan keputusan kerajaan untuk mensasarkan subsidi elektrik supaya subsidi elektrik dikekalkan kepada kumpulan B40 dan M40 manakala kumpulan pengguna dalam golongan T20 akan mula membayar pada tarif yang lebih hampir dengan harga pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Selain itu, Rafizi berkata kerajaan juga akan mempercepatkan peralihan dasar sosio ekonomi kerajaan dari pendekatan berasaskan pendapatan kepada pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah.

“Pengumuman kerajaan mengenai penubuhan Pangkalan Data Utama dijangka akan mempercepatkan peralihan kerajaan untuk membangunkan program dan inisiatif berpandukan kedudukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah,” katanya. 

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Ekonomi juga akan menyelaras dengan kementerian dan agensi supaya kerajaan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek mesra rakyat di seluruh negara.

Ia adalah sebagai sebahagian dari usaha untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara sementara projek-projek baharu yang diluluskan di dalam Belanjawan 2023 mula dilaksanakan.

Mengulas mengenai pertumbuhan ekonomi negara, Rafizi berkata Kementerian Ekonomi menyambut baik pertumbuhan ekonomi negara bagi suku pertama 2023 di mana pencapaian tersebut lebih baik berbanding jangkaan penganalisis ekonomi yang meletakkan pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus bagi suku tersebut. 

“Pertumbuhan ini melebihi jangkaan umum, saya sedia maklum bahawa negara berdepan dengan cabaran ekonomi global yang akan terus mempengaruhi permintaan kepada eksport Malaysia terutamanya dalam suku-suku yang akan datang,” katanya. 

Malaysia merekodkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) suku pertama 2023 sebanyak 5.6 peratus, disokong oleh permintaan domestik, pertumbuhan kukuh pasaran buruh dan peningkatan berterusan gaji yang menyokong perbelanjaan penggunaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Sudah Putuskan Tarikh Rasionalisasi Subsidi Diesel - Rafizi

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kita Dengar, Kita Jelaskan Dan Kita Ambil Tindakan' - Rafizi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia