web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ekonomi Madani, Kerangka Yang Jelas Dan Komprehensif - PM

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2023 8:10AM

Anwar Ibrahim (kiri) bersalaman dengan pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekonomi Madani ialah sebuah kerangka wahana yang jelas dan komprehensif, bagi memungkinkan pembentukan mampan sistem ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia terangkum sebagai usaha dan upaya kerajaan dalam meningkatkan tahap kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, visi ini menekankan kepentingan penyertaan sektor swasta dan pelabur untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

“Ia juga memainkan peranan untuk menggalak daya inovasi dan juga mewujudkan peluang pekerjaan yang berkualiti serta berdampak tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri menyatakan demikian susulan pertemuan dengan beberapa pelabur terkemuka bagi meneroka peluang pelaburan strategik merentas sektor ekonomi utama, di Putrajaya, semalam.

Perdana Menteri (dua, kiri) pada pertemuan bersama pelabur antarabangsa di Putrajaya - gambar Facebook
Perdana Menteri (dua, kiri) pada pertemuan bersama pelabur antarabangsa di Putrajaya - gambar Facebook

Jelas beliau, ia adalah sebahagian daripada ikhtiar untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mendukung visi yang terkandung dalam Ekonomi Madani.

“Perjumpaan ini disertai beberapa pelabur yang berpengaruh di peringkat antarabangsa dan terkenal dengan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi serta syarikat yang berjaya.

“Antaranya, pengasas bersama laman Facebook Eduardo Saverin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital Raj Ganguly, Pengasas WM Partners Alejandro Weinstein dan Pengasas European Venture Funds Peter Kadas,” katanya.

Anwar berkata, kehadiran figura ternama itu bukan sahaja mempamerkan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara, malah ia membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa.

“Perjumpaan yang pertama seumpama ini membuka peluang untuk berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama untuk mencapai matlamat ekonomi negara.

“Perbincangan turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan,” katanya.

Pertemuan Perdana Menteri bersama pelabur antarabangsa turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama - gambar Facebook
Pertemuan Perdana Menteri bersama pelabur antarabangsa turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama - gambar Facebook

Beliau menarik perhatian, sesi tersebut turut berkisar mengenai usaha memupuk persekitaran bagi menggalakkan pelaburan langsung asing, memperkemas peraturan dan proses, meningkatkan tatakelola dan memastikan kemampanan jangka panjang.

“Turut diberi perhatian ialah  menekankan kepentingan tanggungjawab sosial dan pertumbuhan inklusif, dengan komitmen untuk mengutamakan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat tempatan dan menyumbang kepada agenda pembangunan mampan,” katanya.

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, usaha berterusan kerajaan adalah untuk menyediakan persekitaran mesra pelabur yang memupuk inovasi, melindungi harta intelek dan menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

“Saya turut membuka ruang untuk para pelabur mengenal pasti peluang pelaburan yang sejajar dengan matlamat strategik, di samping memenuhi keperluan masyarakat.

“Ini merupakan asas untuk potensi kerjasama dan pelaburan yang akan memberikan manfaat ekonomi yang besar untuk Malaysia dan rakyatnya,” katanya. - Getaran, 16 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara