web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hampir 10,000 Sertai Majlis Iftar Madani Bersama PM

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 9:05PM

Perdana Menteri (tengah) menyantuni sebuah keluarga yang hadir pada Majlis Iftar Madani hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.

Beliau tiba di pekarangan Dataran Putra dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 6.57 petang bagi menghadiri Majlis Iftar MADANI (MIM) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adi Abd Halim dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara K.
Saraswathy.

Hadir sama Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Pada majlis itu, Anwar menyaksikan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan berjumlah RM110,000 sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (RM50,000), Tenaga Nasional Bha (TNB) (RM50,000) dan RM10,000 oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang disampaikan kepada tiga wakil.

Usai berbuka, Perdana Menteri menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Penolong Pengarah Kanan Masjid Putra Abdul Karim Zakaria.

MIM adalah anjuran bersama JAKIM dan Perbadanan Putrajaya serta 14 agensi agama Persekutuan dan rakan strategik lain termasuk LHDN, TNB, PPZ serta Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM.

Pada majlis itu, sebanyak 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru turut diagih kepada orang ramai.

Objektif majlis itu ialah untuk merapatkan persaudaraan dan kebersamaan masyarakat melalui perkongsian rezeki sekali gus dapat bersama-sama berbuka puasa dengan Perdana Menteri.

Selain itu, ia membuka ruang kepada agensi kerajaan dan Perdana Menteri untuk mendekati, menyantuni serta merasai kondisi pelbagai lapisan rakyat di Malaysia di samping menyuburkan semangat rahmah dan perpaduan di negara ini.

Konsep program itu bertepatan dengan gagasan Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri antaranya menekankan nilai hormat, ihsan dan kebersamaan sesama ahli masyarakat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Usaha Basmi Kemiskinan Tegar Di KL, Melaka, Negeri Sembilan Capai 100 Peratus - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang