web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Percepat Pendigitalan Negara, MDEC Lancar Program MIX

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2021 2:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melancarkan MDEC Innovation Exchange sebagai inisiatif untuk mempercepatkan pendigitalan ekonomi negara.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, MIX bertindak sebagai perkaitan yang penting antara syarikat korporat dengan syarikat pemula niaga.

“MIX ini sebagai satu program scale-up tempatan yang berkaliber tinggi dan effisen.

“Ia membolehkan kesemua organisasi tersebut menyedari nilai aset mereka, memahami punca kesukaran serta mengatur dan menggunakan teknologi digital dan data,” katanya di sini.

Surina menarik perhatian, inisiatif berkenaan terbuka kepada semua syarikat korporat dan bakal menjadi pengubah keadaan dalam menggalakkan kemajuan perindustrian di Malaysia, di samping menyumbang kepada pertumbuhan syarikat pemula niaga yang berjaya.

MDEC katanya, telah membentuk 85 penglibatan dengan 85 rakan korporat dalam tujuh sektor ekonomi melalui kesemua program dan inisiatif inovasi korporat bagi membantu mereka memulakan perjalanan transformasi digital masing-masing.

“Antara sektor ekonomi yang terlibat adalah, pengangkutan, kewangan, telekomunikasi, perkilangan dan kejuruteraan, perkhidmatan hartanah serta pertanian,” jelasnya.

Dalam pada itu, Surina berkata, pandemik COVID-19 menekankan kepentingan pendigitalan, menjadikan ia bukan lagi pilihan sebaliknya satu keperluan.

“Seiring dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan bersesuaian dengan agenda Malaysia 5.0, MIX menawarkan pelbagai manfaat kepada syarikat tempatan untuk beralih ke arah digital dan meningkatkan daya saing mereka, seterusnya memajukan negara dengan menyediakan pelbagai peluang digital yang adil kepada rakyat dan perniagaan,” katanya.

Setakat ini, MDEC telah menyediakan hampir 1,300 peluang kepada syarikat teknologi yang berkaitan, selain membantu organisasi menyelesaikan 75 pernyataan masalah dan menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) serta memeterai 13 perjanjian perniagaan.

Pihak yang berminat untuk mendaftar dengan inisiatif MIX boleh melayari laman web https://mdec.my/mix/. - Getaran, 28 Mei 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Penyertaan UK Dalam Perjanjian Trans-Pasifik Buka Peluang Kepada Malaysia - Fahmi

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Malaysia Peroleh Komitmen Pelaburan Bernilai RM8.3 Bilion Semasa Minggu Teknologi London - Fahmi

3

Teknovasi 1 tahun yang lalu

Meta Lancar Akademi Pempengaruh Media Sosial Di Malaysia

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Didi & Friends The Movie: Animasi Luar Biasa, Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara