web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kisah Permulaan Sebuah Agensi Perisik Khas Dalam 'The King’s Man'

Sejak pertama kali menemui penonton dunia lewat filem pertama mereka dahulu, siri filem 'The King’s Man' memang sudah menambat hati ramai peminat. Kini ia kembali dengan edisi terbaharu.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 1:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diadaptasi dari siri komik dengan judul yang sama, rangkaian filem ini sudah memasuki penerbitan mereka yang ketiga.

Selepas kejayaan dua filem sebelumnya, filem ketiga Kingsman bagaimana pun bukanlah sambungan kepada dua episod filem sebelumnya tetapi merupakan prequel atau pembuka cerita kisah popular ini.

Dalam The King’s Man, penonton akan dapat mengetahui bagaimana dan mengapa agensi perisik khas Kingsman ditubuhkan. 

Malah penonton juga akan menyingkap bagaimana nama-nama kod khas iaitu Lancelot dan Merlin diwujudkan dalam agensi tersebut seperti yang ditunjukkan dalam dua filem sebelumnya.

Seperti dua filem terdahulu, The King’s Man memenuhi jangkaan peminat siri filem ini yang mengharapkan aksi mendebarkan dan penataan seni visual yang hebat.

Mempertaruhkan banyak aksi cemas yang disulam dengan babak-babak yang membabitkan seni mempertahankan diri, The King’s Man kerap juga mengingatkan penonton kepada watak dan filem James Bond.

Ini berkat banyak adegan lagak ngeri dan beberapa bibit yang dikira agak mendebarkan.

Namun, apa yang menjadikan filem The King’s Man ini tampil lebih menarik adalah sentuhan dialog serta unsur komedi yang diterapkan dalam setiap bahagian jalan ceritanya, seperti yang pernah ditonjolkan dalam filem yang pertama.

Biarpun banyak filem fiksyen masa kini gemar memasukkan individu penting dalam sejarah dunia ke dalam filem mereka, The King’s Man bagaimanapun membuat semua itu lebih ketara daripada biasa.

Selain memaparkan beberapa tokoh keluarga diraja tersohor Eropah, ia turut menggarap kemasukan watak-watak antagonis yang pernah menggegar sejarah dunia seperti Rasputin, pemusnah empayar maharaja atau Tsar Rusia, Mata Hari, perisik yang turut dianggap pembelot wanita tersohor dunia selain Adolf Hitler, salah seorang manusia terkejam dalam sejarah manusia. 

Untuk menjadikannya lebih eksklusif, filem ini dibarisi beberapa nama terbesar Hollywood yang memegang watak utamanya.

Ini termasuk Ralph Fiennes, Gemma Arterton, Rhys Ifans, Matthew Goode, Tom Hollander, Harris Dickinson, Daniel Brühl, bersama Djimon Hounsou dan juga Charles Dance.

Jadi buat anda yang mencintai filem ala James Bond, Mission Impossible, Sherlock Holmes dan yang sewaktu dengannya, anda mungkin akan menggemari prequel kepada siri filem Kingsman ini.

The King’s Man akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 30 Disember 2021. - Getaran, 30 Disember 2021

Rating : 4 Getar

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Mierul, Fazziq Dan Alif Segak Bak Kingsman!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara