web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mierul, Fazziq Dan Alif Segak Bak Kingsman!

Dilantik sebagai ‘Boys of Wardrobe’, tiga Hero Remaja 2021 bersinar sebagai wajah kempen Sub-Surface Musim Bunga ‘22.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2022 5:43PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Manners maketh man!

Finalis Hero Remaja 2021, Mierul Aiman, Fazziq Muqris dan Alif Haiqal memulakan tahun baharu sebagai wajah kempen untuk Sub-Surface Musim Bunga ‘22 oleh Wardrobe.

Jenama sartorial tempatan ini mengorak langkah dalam mewadahkan sisi muda di dalam rangkaian busana lelakinya. Koleksi musim bunga itu direka khas sebagai kelahiran baharu dan menafsirkan semula gaya formal untuk semua penggemar fesyen budiman.

Masih mengekalkan keunggulan jahitan busana lelaki, koleksi Sub-Surface ini dihembuskan nafas muda dan direka teliti setaraf dengan sut formal, weskot dan kot kasual Wardobe yang lain. 

 

Boys of Wardrobe

“Pertama sekali, saya amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada koleksi musim bunga ini. Saya melihat sut sebagai satu busana versatil dan tidak hanya perlu digayakan dalam keadaan formal semata-mata.”

“Sub-Surface telah membuktikan sut juga boleh digayakan dengan gaya fesyen jalanan. Palet warna yang ditampilkan sangat segar dan menyenangkan. Pada masa sama, menghadirkan aura yang sangat berani!” -  Mierul Aiman, Juara Hero Remaja 2021

“Pada hari saya menyarungkan koleksi ini, saya berasa lebih yakin dan sangat bergaya. Saya terkesima dengan koleksi musim bunga yang mereka hasilkan. Ia sangat unik, kemas dan bersahaja” - Fazziq Muqris, Naib Juara Hero Remaja 2021

“Dengan sentuhan lebih moden, ia kekal dalam kelas tersendiri. Saya dapat melihatnya dari segi pilihan warna yang lebih lembut dan ceria, tetapi tetap mampu menghadirkan unsur gentleman yang dipamerkan melalui koleksi ini.” - Alif Haiqal, Hero Remaja 2021 (tempat ke-8)

 

Sub-Surface Musim Bunga ‘22

Merangkumi sembilan sut, Sub-Surface Musim Bunga ’22 menggalakkan aspirasi keyakinan, keselesaan dan keranggian. Ia menyantun tona lembut pada fabrik tenunan polos dan minimalis.

Sut ini disulam dengan fabrik wul tulen dan fabrik kapas, sambil meletakkan keutamaan kepada gaya sartorial yang selesa dengan ketahanan perdana. 

Monochromatically Pastel

Adaptasi pakaian monokromatik dari atas ke bawah (top-to-toe) dalam tona pastel yang lembut. Ia menonjolkan perasaan permulaan di tahun baharu untuk idea dan mentaliti baharu.

Sut dua bahagian (2 piece) dan tiga bahagian (3 piece) dijahit dalam warna merah jambu, hijau pistasio dan kuning laguna dengan kemeja warna sepadan.

Secara umumnya, warna-warna psikedelik seperti ini memberi kesan kepada mood dan membina keyakinan kepada si pemakainya. 

Sut ini turut menampilkan seluar kelipat (turn up) tinggi dan bertirus bagi memberikan bayangan yang lebih tinggi.

Prim and Pastel 

Eksperimentasi kepada penerokaan siluet neo yang bertentangan dengan sut konvensional. Potongan sut dijahit dengan lebih rileks dan santai bagi memberikan ruangan lebih untuk pergerakan yang lebih selesa. 

Sut Bengal kelabu dijahiti tanpa lapel, membolehkan si pemakainya berasa yakin dan bebas. Sepasang lagi sut hadir dengan kot kasual warna biru cerah yang dikontraskan dengan celana biru gelap, menonjolkan lagi personaliti si pemakai. 

Dusky Revamp

Sut berpotongan tradisional ini diberi peluang kedua dengan penambahbaikan penuh mengikut trend semasa. 

Sut sengaja diberi potongan sedikit berkotak (boxy) dan bersaiz besar (oversized) berbanding potongan sut klasik ala Inggeris. 

Sut corak Gingham juga menjadikannya pilihan yang lebih menonjol dan berkarakter.

Personaliti riang namun pandai memadukannya bersama sifat individu mereka yang tegas, menjadi faktor utama pemilihan ketiga-tiga finalis Hero Remaja 2021 sebagai wajah kempen.

“Tenaga dan personaliti mereka memang amat sesuai untuk membawa koleksi sut yang ‘muda’ dan gah seperti ini. Koleksi ini direka dengan mempertimbangkan trend belia.

“Tenaga, pemikiran dan kesungguhan mereka menghadapi dunia yang kian berubah. Keteguhan melawan sebarang cabaran harian untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik dan bersemangat. 

“Sebagai salah satu jenama yang menjadi penyokong tegar Hero Remaja sejak bertahun-tahun lamanya, kami senang bekerjasama dengan individu yang mempunyai perwatakan tersendiri, berani dan sering berfikiran ke hadapan,” akhiri Lim Fang Heng, CEO Wardrobe.

Layari Wardrobe Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 8 Januari 2022

Semua gambar: Wardrobe Malaysia

Isu Pada

Search : Siapa Lebih Berhak?

08 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Balas Dendam Kepada Mangsa Buli? Pilihlah Sebarkan Kebaikan - Mierul Aiman

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Kisah Permulaan Sebuah Agensi Perisik Khas Dalam 'The King’s Man'

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Juara Hero Remaja 2021 Sedia Gegarkan Industri Hiburan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara