web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Juara Hero Remaja 2021 Sedia Gegarkan Industri Hiburan

Kesemua pemenang Pencarian Hero Remaja 2021 sudah bersedia untuk terjun ke bidang seni dan bakal muncul dengan telefilem berjudul 'Hierarki'.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 2:57PM

Mierul Aiman dinobatkan sebagai juara Hero Remaja

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pertandingan pencarian bakat Hero Remaja 2021 telah pun melabuhkan tirainya pada malam Sabtu lalu yang mana menyaksikan Mierul Aiman bergelar juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 23, berjaya menewaskan tiga lagi finalis dalam tiga cabaran berbeza iaitu pengacaraan, lakonan dan sesi soal jawab. 

Naib juara pula disandang Aqil Taqee yang turut membawa pulang gelaran Hero Inspirasi. Manakala tempat ketiga pula menjadi milik Fazziq Muqris. Afiq Hamidun pula sekadar berpuas hati di tempat ke empat. 

Pada malam itu juga, gelaran Hero Favorit telah diberikan kepada peserta termuda iaitu Syazani hasil undian peminat. 

Barisan pemenang Pencarian Hero Remaja 2021
Barisan pemenang Pencarian Hero Remaja 2021

Menurut Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad, peratusan markah Mierul berbanding peserta yang lain agak tinggi malah dia juga konsisten setiap minggu.

“Mierul Aiman konsisten daripada episod satu sampai akhir. Berdasarkan komen-komen di media sosial, ramai yang sudah menjangkakan Mierul akan menang. Peratusan markah dia agak besar tetapi apa yang boleh saya katakan markah yang lain tidaklah teruk,” katanya.

Mierul mengakui tidak menjangka gelaran Hero Remaja 2021 menjadi miliknya kerana rakan-rakan lain turut memberikan yang terbaik pada malam itu. 

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan gembira kerana Allah beri peluang kepada saya setelah banyak korban tenaga, masa dan sebagainya. Pengorbanan itu sangat berbaloi.

"Sejujurnya pada malam itu cabaran yang paling saya takutkan adalah lakonan. Alhamdulillah, saya dapat rakan pelakon yang sangat membantu iaitu ibu Wan Maimunah yang sudah bertaraf legenda dan berjaya membuat orang percaya dengan lakonan saya,” katanya sewaktu ditemui di sidang media. 

Mierul
Mierul

Lumrah menjadi juara, pasti ada yang akan membanding-bandingkan dengan juara terdahulu atau peserta lain yang lebih menyerlah.

Kata Mierul, dia percaya kepada waktu yang tepat untuk mencapai sesuatu.

“Mierul Aiman adalah Mierul Aiman, Fattah Amin adalah Fattah Amin, Nadhir Nassar adalah Nadhir Nassar. Macam mana kita susun strategi dalam industri nanti, itu yang memainkan peranan. Saya percaya kepada rezeki. Saya percaya kepada bakat yang saya miliki.

"Mungkin saya berbakat kecil tetapi saya ada jiwa yang besar untuk berada dalam industri ini,” katanya yang menyasarkan untuk membintangi filem selepas ini. 

Sementara itu bagi naib juara iaitu Aqil, dia sama sekali tidak menyangka akan mendapat tempat kedua pada malam itu.

“Sasaran saya adalah tempat ketiga atau keempat dan itu pun saya sudah bersyukur. Tetapi, apabila saya dapat berikan yang terbaik pada malam final, saya sendiri rasa macam 'wow' dan sangat berpuas hati dengan gelaran naib juara,” katanya yang mahu bergelar pelakon selepas ini.

Pemenang tempat ketiga iaitu Fazziq akui bergelut dengan cabaran sesi soal jawab kerana mendapat soalan yang sensitif iaitu mengenai isu rogol.

“Saya tahu saya boleh berikan lebih lagi, tetapi pada malam final, itu yang terbaik dapat saya berikan. Saya sedikit hampa ketika sesi soal jawab kerana ia melibatkan isu sensitif, andai saya tersalah cakap mungkin perkara itu akan jadi teruk,” katanya.

Fazziq
Fazziq

Jika dibandingkan dirinya dengan 11 peserta yang lain, Fazziq memiliki kelebihan dari segi jumlah pengikut di media sosial malah statusnya sebagai influencer juga sudah memberikan kelebihan kepadanya.

Tambahan lagi, dia bersahabat baik dengan bekas peserta Hero Remaja dari musim-musim lalu seperti Syafiq Kyle, Nabil Aqil, Meerqeen dan ramai lagi. 

Ditanya kenapa dia masih memilih untuk menyertai Hero Remaja, kata Fazziq dia mahu belajar dan menimba pengalaman. 

“Saya bukan masuk sebab saya nak berlagak yang saya boleh buat semua ni. Saya masuk sebab saya nak kongsi pengalaman dengan kawan-kawan yang lain. Saya berikan mereka semangat terutama untuk pengacaraan.

"Dan, saya minta bantuan Mierul untuk bidang lakonan. Kami saling berkongsi dan membantu kerana tidak mahu hubungan kami bermasalah. Memang ‘healthy brotherhood’ orang cakap,” katanya yang sangat meminati bidang pengacaraan.

Sementara itu, pemenang tempat keempat iaitu Afiq Hamidun pula berkata, dia mengambil masa untuk menterjemah jawapannya ke dalam Bahasa Malaysia ketika sesi soal jawab kerana lebih fasih berbahasa Inggeris. 

“Antara sebab saya berhenti sekejap dan kemudian sambung semula adalah kerana saya sedang terjemah dari bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Itu yang tiba-tiba saya macam ‘buffering’ sikit. Namun, saya kena habiskan juga dan cuba yang terbaik untuk bercakap dalam Bahasa Melayu,” katanya yang berbakat dalam penulisan lagu.

Menariknya untuk Hero Remaja edisi kali ini, semua peserta telah mengikat kontrak dengan Rocketfuel dan bakal muncul dengan telefilem berjudul Hierarki yang akan disiarkan pada 26 November ini jam 10 malam di Astro Ria. - Getaran, 9 November 2021

Gambar: Helmi Anuar (Diambil menggunakan Iphone 13 Pro ) , Instagram 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Mierul Aiman Kelakar’ - Qasrina Karim Jawab Kemesraannya Dengan Aktor Itu Di Set Penggambaran

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Balas Dendam Kepada Mangsa Buli? Pilihlah Sebarkan Kebaikan - Mierul Aiman

3

TARA 2 tahun yang lalu

Mierul, Fazziq Dan Alif Segak Bak Kingsman!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sejenak Bersama Wajah TARA - Nadhir Nasar & Nabil Aqil

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara