web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


'Irul: Ghost Hotel', Filem Seram Yang Tak Cukup Menyeramkan

'Irul Ghost Hotel' adalah filem terbaru terbitan Kuman Pictures (penerbit filem 'Roh' dan 'Two Sisters') dan filem keempat arahan M.S. Prem Nath. Tetapi kenapa penulis merasakan filem ini tidak cukup seram?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEWAKTU membayar langganan Astro First pada Khamis, hati penulis berbunga-bunga, tak sabar mahu menonton filem Tamil bergenre seram ini selepas sekian lama.

Ditambah dengan semangat mahu menyokong industri perfileman Tamil tempatan, kesempatan menonton Irul Ghost Hotel pastinya tidak akan dilepaskan.

Menampilkan barisan pelakon underdog tidak mematikan keinginan menonton, malah membuat penulis lebih teruja kerana beranggapan, filem ini setidak-tidaknya pasti mampu ‘menakutkan’ penonton.

Diolah seperti sebuah dokumentari, penulis diingatkan dengan filem pecah panggung satu ketika dahulu, The Blair Witch Project, berkisar kepada tiga penuntut jurusan perfileman yang mahu mengorek legenda tempatan, dikenali sebagai Blair Witch.

FIlem yang dikatakan diadaptasi daripada kisah benar itu memang membuatkan bulu roma meremang, apatah lagi dilatari dengan kesan khas dan runut bunyi menyeramkan.

Irul Ghost Hotel dilihat cuba menerapkan konsep itu, apabila penonton dibawa melihat aktiviti sekumpulan penggiat aktiviti paranormal, yang kononnya cuba menjejaki misteri sebuah hotel tinggal.

Ia bertitik tolak daripada misteri kehilangan adik lelaki kepada ketua kumpulan berkenaan, Punitah, membuatkan beliau mahu menghasilkan sebuah dokumentari khas berkenaan kejadian itu, bagi dimuatkan di saluran YouTube miliknya.

Episod seram mereka bermula sebaik menjejak kaki ke hotel berkenaan, apabila seorang demi seorang hilang tanpa jejak, mengulangi misteri yang berlaku ke atas adik Punitah itu.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Mengapa Punitah tergamak memperjudikan nasib rakan-rakannya semata-mata untuk sebuah dokumentari? Benarkah adik Punitah benar-benar hilang?

Sejujurnya, filem yang mengambil masa 120 minit ini pada penulis, lebih berkonsep thriller dan mahu mengajak penonton berteka-teki, apa sebenarnya berlaku dalam kes kehilangan adik Punitah, seminggu sebelum mereka tiba di hotel berkenaan.

Mungkin cuba menghasilkan plot twist bagi memaku penonton di layar, namun apa yang terhasil hanyalah sebuah jalan cerita yang sangat mengelirukan.

Plot dihidangkan bersimpang siur, menyebabkan penonton gagal memahami jalan cerita yang mahu disampaikan.

Jika mahu dihakimi dari aspek unsur thriller, mungkin boleh diberi markah agak tinggi, tetapi kerana ia diuar-uarkan sebagai sebuah filem seram, maaf, ia gagal mencapai skala.

Apapun Irul Ghost Hotel adalah satu cubaan baik untuk mengetengahkan kreativiti produksi Tamil tempatan, cuma garapan jalan cerita perlu diperkemaskan untuk membolehkan penonton memahami apa yang mahu disampaikan.

Industri perfileman Tamil tempatan sebenarnya tidak sunyi daripada filem pecah panggung, sekali gus membuktikan negara tidak ketandusan barisan penggiat seni yang kreatif dan berwibawa.

Penulis tidak mengharapkan filem dihasilkan produksi Kuman Pictures ini mampu menjadi sehebat Kanchana, tetapi tidak salah jika mereka mengambil ilham atau idea, khususnya untuk terbitan akan datang.

Kerana Irul Ghost Hotel tidak cukup menyeramkan bagi penulis, maka filem ini sesuai untuk tontonan keluarga, termasuk kanak-kanak.

Demi menyokong sektor perfileman tempatan, mungkin anda juga patut melanggan dan nilaikan sendiri. – Getaran, 23 Mac 2021

  Semua gambar: Ihsan Kuman Pictures

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara