web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tawaran Rebat Tunai Sehingga 35 Peratus Galak Penerbit Luar Jalani Penggambaran Di Malaysia

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 4:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) dan tambahan sehingga lima peratus melalui 'cultural test' dilihat mampu menarik lebih banyak syarikat produksi luar negara untuk memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Prof Dr Md Nasir berkata ini merupakan satu kelebihan yang perlu ditonjolkan kepada penggiat industri luar memandangkan jumlah rebat tunai yang ditawarkan itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

Gambar Hiasan IMDb
Gambar Hiasan IMDb

"Tak ramai pihak luar tahu, penerbit-penerbit khususnya bahawa kita mempunyai insentif yang tinggi rebatnya sehingga 35 peratus yang mana negara-negara jiran kita pun seperti Thailand hanya 25 peratus. 

"Jadi kita nampak ini satu kelebihan yang perlu kita tonjolkan supaya lebih banyak pihak luar tahu tentang rebat yang kita ada dan dengan ini ia akan menyemarakkan lagi industri filem di negara kita," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata Finas berhasrat menggunakan pasaran filem Marche Du Film 2022 yang berlangsung di sini sebagai platform bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi penggambaran antarabangsa selain mempromosi dan menjual produk kandungan kreatif negara.

"Melalui rebat ini sebenarnya kita nak menjana industri perfileman di negara kita supaya lebih meriah kerana dengan adanya penggambaran yang dilakukan di Malaysia kita mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada guna tenaga dalam produksi itu daripada orang tempatan.

"Jadi di situ ada berlakunya pertukaran kemahiran dan pengetahuan serta pengalaman bagi penggiat seni di Malaysia," katanya.

Md Nasir berkata mana-mana penggiat industri yang menjalani penggambaran di Malaysia dengan perbelanjaan minimum RM1 juta bagi penerbit filem tempatan manakala RM5 juta bagi penerbit antarabangsa, mereka layak untuk mendapat rebat tunai 30 peratus.

Sementara tambahan sehingga lima peratus melalui 'cultural test' pula boleh diperoleh sekiranya penerbit filem tersebut memaparkan elemen kenegaraan, kesenian, kebudayaan dan sebagainya dalam filem yang dihasilkan.

Mengulas mengenai sasaran RM50 juta pelaburan asing ke dalam Malaysia melalui FIMI pada Marche Du Film, Md Nasir berkata sasaran itu mampu dicapai memandangkan beberapa syarikat luar negara berminat untuk membeli kandungan kreatif negara.

Pengarah Suraya Filem Production (M) Sdn Bhd, Shures R, antara wakil Malaysia ke Marche Du Film di Cannes, Perancis. - Bernama
Pengarah Suraya Filem Production (M) Sdn Bhd, Shures R, antara wakil Malaysia ke Marche Du Film di Cannes, Perancis. - Bernama

"Sasaran RM50 juta ini adalah berasaskan kepada engagement ataupun pertemuan yan telah dilakukan antara pihak pengeluar di Malaysia dan juga pembeli daripada peringkat luar. Mereka telahpun buat engagement dan daripada semalam dan juga hari ini mereka masih meneruskan lagi perbincangan.

"Insya-Allah memang dah ada beberapa syarikat dari luar yang berminat untuk membeli kandungan negara kita," katanya.

Marche Du Film adalah perhimpunan terbesar industri filem bagi pengeluar, pembiaya, penyiar, pengedar, pembekal dan pembeli dari seluruh dunia untuk bertemu, berkongsi idea serta membuat tawaran.

Sebanyak 250 syarikat dari 110 negara menyertai pasaran filem selama sembilan hari itu bermula 17 Mei. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara