web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


TV9 Siar Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 

Acara ini telah pun dimulakan dengan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak di antara skuad Harimau Malaya dengan beberapa negara. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 5:14PM

Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bersempena dengan Piala Asia 2023 yang akan datang, TV9 akan menyiarkan perlawanan persahabatan antarabangsa Skuad Harimau Malaya bagi persiapan pasukan bola sepak negara untuk perlawanan kelayakan. 

Acara telah dimulakan dengan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak: Malaysia lawan Brunei dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak: Malaysia lawan Hong Kong sejak minggu lalu. 

Namun pasti ramai peminat dan penonton tidak sabar melihat pemain tanah air seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim beraksi hebat dalam Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 nanti. 

Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 yang melibatkan 24 buah negara asia dan berlangsung di enam buah negara yang menjadi tuan rumah pusingan kelayakan ini akan bermula pada  8 Jun hingga 14 Jun 2022. 

Salah satu tuan rumah rumah untuk pusingan kelayakan ini adalah Malaysia yang mana Stadium Nasional, Bukit Jalil menjadi pilihan untuk perlawanan ini diadakan. 

Gambar Bernama
Gambar Bernama

Juara daripada setiap kumpulan dan 5 pasukan kedua terbaik akan layak bersaing di pusingan akhir Piala Asia 2023 dengan disertai negara tuan rumah iaitu China yang akan dilangsungkan nanti. 

Pasukan Malaysia bakal bertanding dengan pasukan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh di dalam kumpulan pasukan E. 

TV9 bakal menyiarkan kedua-dua perlawanan persahabatan serta perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 yang melibatkan pasukan tanah air. Berikut adalah jadual perlawanan tersebut. - Getaran, 7 Jun 2022

8 Jun – Malaysia lwn Turkmenistan, 8.45 malam 

11 Jun – Malaysian lwn Bahrain, 8.45 malam 

14 Jun - Malaysia lwn Bangladesh, 8.45 malam 


 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 1 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

‘Janji Happy’ Tawar Wang Tunai Sehingga RM9,000

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara