web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesemua 64 Perlawanan  Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Kini Boleh Disaksikan Di ‘Sooka’

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 tidak boleh dilepaskan kerana Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bertembung buat kali terakhir untuk peluang menjulang trofi Piala Dunia.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 4:00PM

Gambar ihsan Sooka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Piala Dunia FIFA 2022 membuka tirainya dengan penuh gemilang di Qatar Ahad lalu, selepas pelbagai kontroversi dan cabaran dihadapi negara Teluk itu menjelang kejohanan berkenaan.

Acara suka terbesar di dunia yang diadakan empat tahun sekali ini sememangnya bakal menjadi antara kemuncak sedunia buat tahun ini.

Pasti akan ada yang bersengkang mata setiap malam untuk mengikuti perkembangan semasa Piala Dunia ini. 

Oleh itu,  jangan terlepas peluang menyaksikan semua 64 perlawanan Piala Dunia menerusi aplikasi Sooka, dalam ‘Kempen World Cup Ikut Sooka’.

Lionel Messi - Gambar AFP
Lionel Messi - Gambar AFP

Walaupun tidak berpeluang menyaksikan sendiri perlawanan Piala Dunia di depan mata, namun dengan teknologi penyiaran pada masa kini, ia mampu memberikan keterujaan hampir sama.

Melalui ‘Kempen World Cup Ikut Sooka’ ini aplikasi berkenaan mengajak semua peminat bola sepak negara ini merasai sendiri kehangatan kejohanan terunggul ini.

Ia juga memberi peluang kepada para peminat bola sepak untuk menonton kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 secara langsung, terus daripada peranti mudah alih anda ataupun TV pintar untuk melihat  aksi daripada pasukan kegemaran anda melalui skrin yang lebih besar.

Ketua Program Sooka’ Emarina Kamal berkata, ‘Kempen World Cup Ikut Sooka’ merupakan kesinambungan daripada kempen ‘Bola Ikut Sooka’ yang menyaksikan Liga Perdana 2022/2023.

“Kami ingin memastikan bahawa para peminat sukan tidak akan terlepas mana-mana perlawanan ataupun gol penting ketika Piala Dunia FIFA Qatar 2022™.

“Peminat diberikan kebebasan memilih cara mereka menonton bola sepak, sama ada pada peranti mudah alih atau TV Pintar mereka dan membayar sesuka hati tanpa kontrak dan tanpa komitmen.

“Kami berazam untuk terus memberikan pengalaman menonton sukan yang penuh kebabasan tanpa had dan kerisauan,” katanya.

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 tidak boleh dilepaskan kerana Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bertembung buat kali terakhir untuk peluang menjulang trofi Piala Dunia.

Para peminat tegar bola sepak boleh melanggan pelan ‘Sooka’ VIP+Sports pada RM41.90 sebulan dan untuk pengalaman tontonan yang lebih hebat melalui skrin TV Pintar terpilih, peminat boleh menikmati diskaun 25 peratus pada pelan TV VIP ‘Sooka’ hanya pada RM62.90 sebulan.

Promosi ini terhad sehingga 18 Disember 2022. Peminat juga boleh mengikuti pelbagai program bola sepak eksklusif ‘Sooka’ seperti 'Borak Sooka Botak' dan 'Old Skool Sooka Bola'. 

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan Pas Perlawanan hanya pada RM9.90 setiap perlawanan sepanjang kejohanan. - Getaran, 23 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Cristiano Ronaldo Nyaris Terkena 'Flying Kick'

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Cristiano Ronaldo Disiasat Susulan Isyarat Kurang Sopan

3

Selebriti 10 bulan yang lalu

Messi Lelong Jersi Argentina Ketika Aksi Piala Dunia 2022 Di Qatar

4

Sukan 10 bulan yang lalu

Messi Terima Ballon d’OR Buat Kali Kelapan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara