web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Messi Lelong Jersi Argentina Ketika Aksi Piala Dunia 2022 Di Qatar

Sebahagian hasil keuntungan lelongan akan disumbangkan kepada Projek UNICAS diketuai Hospital Kanak-Kanak Sant Joan de Deu Bercelona yang disokong oleh Yayasan Leo Messi

Selebriti Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2023 7:46PM

gambar Instagram Lionel Messi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang bola speak, Lionel Messi mengumumkan hasrat melelong enam koleksi jersi Argentina miliknya bagi membantu Yayasan Leo Messi membiayai Projek UNICAS kelolaan Hospital Kanak-Kanak Sant Joan de Deu Bercelona. Ia membabitkan enam jersi Argentina yang dipakainya ketika kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.

Menerusi hantaran di Instagram, Messi berkata, lelongan itu akan dikendalikan rumah bidaan, Sothebys secara dalam talian.

“Hari ini, rakan saya di @acmomento mengumumkan lelongan di @sothebys untuk enam baju yang saya pakai ketika Piala Dunia di Qatar, termasuk baju yang saya pakai ketika aksi Final. Letakkan bidaan anda secara dalam talian di Sotheby’s bermula 30 November hingga 14 Disember.

“Sebahagian daripada hasil lelongan akan didermakan kepada Projek UNICAS yang diketuai oleh Hospital Kanak-kanak Sant Joan de Déu (SJD) Barcelona,” katanya.

Difahamkan, jualan lelongan keenam-enam jersi tersebut diramal melepasi rekod dunia dengan jangkaan kutipan melebihi RM46.7 juta.

Mengulas lanjut, Messi berkata, kesemua jersi itu dipakai ketika separuh masa pertama aksi peringkat kumpulan menentang Arab Saudi dan Mexico, kemudian ketika menentang Australia, Belanda dan Croatia serta final menentang Perancis.

Dan sudah pastinya, jersi yang menjadi perhatian dunia adalah jersi yang disarung Messi ketika Argentina menewaskan Perancis menerusi penalti seterusnya menjulang trofi Piala Dunia 2022.

Lelongan berkenaan juga diramal mencipta sejarah dan menjadi rekod untuk ‘koleksi memorabilia’ sukan dunia. – Getaran, 22 November 2023.

Berita Berkaitan

1

Sukan 10 bulan yang lalu

Messi Terima Ballon d’OR Buat Kali Kelapan

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Messi Calon Pilihan, FIFA Umum Calon Anugerah Terbaik

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Peguam Oman Tawar US$1 Juta Untuk Bisht Dipakai Messi Pada Piala Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Hilang’ Dari Mesyuarat Kabinet, Rupanya Tengku Zafrul Ke UAE…

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara