web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Messi Calon Pilihan, FIFA Umum Calon Anugerah Terbaik

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 11:33AM

Messi berada dalam senarai 'The Best' FIFA 13 pemain lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Badan induk bola sepak FIFA pada Khamis mengumumkan calon senarai pendek untuk “The Best” 2022, termasuk juara Piala Dunia Qatar Lionel Messi sebagai calon pilihan untuk memenangi anugerah kategori lelaki.

Messi berada dalam senarai 13 pemain lain bersama pemenang Ballon d'Or 2022 iaitu Karim Benzema, pemenang dua kali anugerah The Best iaitu Robert Lewandowski dan rakan sepasukan Paris Saint-Germain Kylian Mbappe, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Penjaring terbanyak Manchester City Erling Haaland, gandingan Brazil Neymar dan Vinicius Junior serta bintang Croatia, Luka Modric juga berada dalam senarai.

Sementara itu, pemain Argentina Lionel Scaloni, dicalonkan untuk anugerah jurulatih terbaik bersama naib juara Piala Dunia Qatar Didier Deschamps dari Perancis, pengurus Real Madrid Carlo Ancelotti dan pengurus Manchester City Pep Guardiola.

Walid Regragui yang mengetuai Maghribi untuk kempen di Qatar turut dicalonkan. Di bawah seliaannya, mereka menjadi pasukan pertama Afrika mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Bagi kategori wanita, penyerang Barcelona Alexa Putellas berpeluang mengekalkan trofi 2021 namun menerima saingan sengit daripada pemenang Euro 2022, Keira Walsh dari England.

Calon lain ialah Ada Hegerberg dari Norway, penyerang Jerman Alexandra Popp dan Alex Morgan dari Amerika Syarikat.

FIFA akan mengumumkan tiga finalis dalam setiap kategori pada awal Februari dan majlis penganugerahan akan berlangsung pada 27 Februari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Sukan 1 bulan yang lalu

TECNO Kini Penyokong Global Rasmi Untuk Kejohanan Kelab AFC 2024-2025

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'