web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Hilang’ Dari Mesyuarat Kabinet, Rupanya Tengku Zafrul Ke UAE…

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 11:58AM

Andaian ramai kehilangan beliau adalah kerana menonton temasya Piala Dunia di Doha, Qatar tidak tepat. - Gambar ihsan Instagram tzafrul_aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai ketiadaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di mesyuarat khas Kabinet semalam terjawab hari ini.

Ternyata tebakan orang ramai bahawa kehilangan itu adalah kerana menonton temasya Piala Dunia di Doha, Qatar tidak tepat, kerana beliau sebenarnya sedang melakukan lawatan perdagangan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi hantaran di Instagram, Tengku Zafrul berkata, lawatan berkenaan berupaya memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan UAE.

Katanya, beliau turut menyaksikan upacara memeterai perjanjian kantara PETRONAS Abu Dhabi Sdn Bhd dan Syarikat Petroleum Nasional Abu Dhabi (ADNOC).

“Alhamdulillah, semalam saya telah menyaksikan Petronas Abu Dhabi Sdn Bhd & ADNOC memeterai perjanjian yang bersejarah bagi Malaysia dan UAE menerusi kerjasama meneroka dan menilai Unconventional Onshore Block 1, meliputi kawasan konsesi 2,000km persegi di wilayah Al Dhafra,” katanya. 

Tengku Zafrul berkata, perjanjian tersebut antara lain membuktikan keupayaan syarikat tempatan bersaing di peringkat antarabangsa.

“la juga mencerminkan hubungan rapat dua hala perdagangan Malaysia-UAE dan meningkatkan lagi silaturahim kedua-dua negara,” katanya.

Difahamkan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong antara yang berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir ialah Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, Menteri Industri dan Teknologi Maju UAE yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ADNOC, Dr Sultan Ahmed Al Jaber serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz. 

Tengku Zafrul turut meluahkan harapan untuk melihat lebih banyak syarikat Malaysia berjaya di persada antarabangsa.

“Ini sekali gus membuktikan kebolehan negara sebagai pesaing kelas pertama dalam kalangan pemain industri dunia, Insya Allah,” katanya. - Getaran, 6 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

2

Luar Negara 6 bulan yang lalu

UAE, Mesir Lakukan Guguran Udara Bantuan Kemanusiaan Ke-9 Di Gaza

3

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Nora AlMatrooshi, Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA

4

Ekonomi 7 bulan yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah