web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peguam Oman Tawar US$1 Juta Untuk Bisht Dipakai Messi Pada Piala Dunia

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 2:25PM

Lionel Messi menyarungkan Bisht hitam ketika pasukannya dinobat sebagai juara Piala Dunia 2022 Qatar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Seorang peguam dari Oman berhasrat membeli bisht yang dipakai bintang bola sepak Argentina Lionel Messi pada majlis anugerah Piala Dunia dengan harga US$1 juta.

"Daripada Kesultanan Oman, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana memenangi Piala Dunia Qatar 2022. Bisht adalah simbol kesatria dan kebijaksanaan. Saya menawarkan anda US$1 juta untuk membeli bisht itu," menurut ciapan Ahmed al-Barwani di Twitter, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Ketua negara Qatar, Emir Tamim bin Hamad Al Thani menghadiahkan jubah berkenaan kepada Messi untuk dipakai pada majlis anugerah itu.

Terdapat kritikan dari media Barat yang menyifatkan saat kemenangan itu bukan lagi milik juara dunia baharu itu - tetapi juga milik negara tuan rumah kerana jersi Argentina ditutup dengan jubah berkenaan.

Pengguna di rangkaian sosial bertindak balas terhadap kritikan itu.

"Saya berada di stadium menonton detik itu secara langsung apabila emir Qatar menyarungkan bisht kepada Messi," kata al-Barwani kepada akhbar The National.

"(Bisht) adalah simbol kepada banyak perkara termasuk kebijaksanaan, keberanian, integriti, kemurahan hati serta keaslian dan yang paling penting, ia identiti kita," kata al-Barwani.

Jika al-Barwani berjaya dengan bidaannya, bisht itu tidak akan dipakai sebaliknya akan dipamerkan.

"Ia akan dipamerkan untuk memperingati detik kebanggaan itu, dan juga untuk mengingatkan kita bahawa kita boleh (melakukan apa sahaja)," katanya kepada The National.

Bisht ialah jubah panjang yang dipakai golongan lelaki di negara-negara Teluk dan Iran bagi majlis-majlis khas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Wisma Putra Pantau Rapat Insiden Tembakan Masjid Di Oman

2

Sukan 6 bulan yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi