web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siapa Kata Pelakon Bertudung Tidak Boleh Bawa Watak Jahat? - Ummi Nazeera Sedia Jadi Antagonis 

“Sejujurnya, kita di era, yang semua orang suka ‘judge people by their cover’. Ramai memilih untuk manipulate people berdasarkan imej baik yang dicipta oleh mereka,” jelasnya.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 8:22PM

Ummi Nazeera - Gambar dari Instagram Ummi Nazeera

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Ummi Nazeera mengakui 'memilih' pengarah yang dirasakan sesuai untuk bekerjasama sebelum menerima sesuatu tawaran lakonan.

Menurut Ummi, bekerja dengan pasukan produksi yang ‘sinonim’ dengan caranya berkerja lebih mudah kerana dia dapat mengatur jadualnya yang semakin padat.

“Sejujurnya, buat masa sekarang, saya memilih untuk berlakon dengan pengarah Fali Yahya (Pali Yahya) yang cukup faham dengan cara saya bekerja.

“Semua drama-drama lakonan saya seperti ‘Suri Katriana’, ‘Korban Kasih’, ‘Risik Pada Hati’ dan sekarang ‘Rindu Kasih’ sebelum ini pun adalah di bawah arahannya. Bekerja bersama dengan satu team yang yang familiar dengan cara kerja kita, lebih mudah dan rileks

“Jadi, saya senang untuk mengatur jadual saya dengan skrip yang begitu berat dan padat, dia lebih memahami cara saya bekerja dan saya pun tahu dia bekerja, jadi masing-masing senang bila nak bekerjasama,” katanya kepada Getaran.

Dalam pada itu pemilik nama sebenar Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin ini mengakui berasa sangat 'tertekan’ untuk memilih watak selepas lakonannya dipuji ramai ketika membawakan watak Hafya drama 'Risik Pada Hati', baru-baru ini.

Tambahnya, bukan mudah bagi memastikan karakter Hayfa yang sememangnya berat untuk dibawa itu nampak hidup. 

“Sebenarnya memang ‘pressure’ untuk saya memilih watak yang ditawar kepada saya sekarang sebab bukan mudah kita nak membawa dan menyampaikan satu karakter.

“Jadi bila kita berjaya ‘hidupkan’ watak tersebut dalam kalangan penonton, ia akan menjadi lagi satu ‘pressure’ untuk memuaskan penonton yang sentiasa mengharapkan perkara yang sama untuk segala-galanya,” ujarnya.

Sementara itu, teraju utama filem Penanggal ini enggan lagi dilabel stereotaip dan klise dek kerana sering ditawar dengan watak protagonis.

Menurut Ummi, kini dia turut memilih untuk membawa watak antogonis supaya bidang lakonan dapat diwarnakan lagi.

“Saya faham saya harus memilih watak kerana perlu menjaga imej sebagai wanita Islam bertudung.

“Tetapi, siapa kata pelakon bertudung tidak boleh membawa watak jahat? Tidak semestinya semua yang bertudung itu baik.

“Lagipun, projek saya selepas drama ‘Rindu Kasih’ ini, saya membawa watak antagonis, di mana saya ingin mematahkan stigma yang ‘semua yang nampak baik sebenarnya bukan baik manapun, dan yang nampak jahat dari imejnya, sebenarnya bukan jahat’.

“Sejujurnya, kita di era, yang semua orang suka suka menilai seseorang dari sudut luaran. Ramai memilih untuk memanipulasi orang berdasarkan imej baik yang dicipta  mereka,” jelasnya.

Lari daripada kebiasaan, kali ini, Ummi akan membintangi watak antagonis bagi naskhah seterusnya bagi tahun 2023 yang masih belum diumumkan pengarah Pali Yahya. – Getaran, 6 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara