web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenapa Kita Anggap ‘Seni’ Sekadar Ala Kadar? – Sharifah Amani

Perkataan ‘seni’ sering disalah anggap sebagai bahan untuk mencantikkan sesuatu kawasan dan ia tidak dianggap sebagai nadi dan asas fikir yang boleh mengubah cara manusia menyikapi masyarakat.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 2:05PM

Bront Palarae, Redza Minhat, Neddo Khan dan Sharifah Amani di acara 'Let’s Talk Content: Everything All At Once' - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat kepada portfolio ‘Kesenian dan Kebudayaan’ digugurkan daripada kementerian, timbul persoalan dan kegusaran dalam kalangan pemain industri mengenai nasib ruang seni budaya yang semakin dipinggirkan di negara sendiri. 

Pelakon dan pengarah Sharifah Amani merasakan sebuah pembaharuan dalam kerangka fikir memahami seni perlu segera dilaksanakan khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Kokurikulum sekolah mengenai subjek pendidikan seni perlu diperluas dan bukannya terhad sekadar bermain alat muzik recorder semata-mata.

“Semoga mereka di kementerian dapat melakukan sesuatu mengenai subjek pendidikan seni yang ada di sekolah. 

“Kita kena tunjukkan kepada anak-anak murid makna seni yang sebenar, bukan sekadar bermain alat muzik recorder semata-mata. Mengapa di sekolah, kita anggap seni sebagai ala kadar?

“Lihat sahaja bagaimana Indonesia menghargai kesenian dan budaya mereka. Rumah presiden dijadikan lokasi tayangan untuk merayakan filem. 

“Kita selalu bising anak-anak kita kononnya terlalu terikut-ikut budaya luar. Tapi kesenian apa yang kita persiapkan untuk mereka? 

“Lebih menggusarkan lagi apabila wujud propaganda yang menakutkan dalam kalangan anak muda yang kita tahu sedang berada di fasa mencari hero dalam masyarakat yang boleh diikuti,” katanya dalam forum Let’s Talk Content: Everything All At Once di Bukit Damansara baru-baru ini.

Turut menyokong pendapat Amani ialah penulis skrip terkenal tanah air, Nadia Khan yang merasakan perkataan ‘seni’ sering disalah anggap sebagai bahan untuk mencantikkan sesuatu kawasan. Ia tidak dianggap sebagai nadi dan asas fikir yang boleh mengubah cara manusia menyikapi masyarakat. Apalagi memajukan negara.

“Kesilapan kita adalah selalu menjadikan seni sebagai benda yang mencantikkan macam lukisan di jalan. Sebut sahaja seni, orang akan ingat solekan, sekadar mencantikkan apa yang di luar. 

“Kita tak anggap seni sebagai nadi dan asas fikir. Kita tak anggap seni sebagai hati. Sebab itulah banyak polisi mengenai kesenian kita abaikan kerana kita menganggap ia tidak penting. 

“Lihat sahajalah kokurikulum pendidikan seni di sekolah. Gerakan teater hanyalah sekadar kokurikulum tambahan. KOMSAS (Komponen Sastera) pula ada cara saintifik untuk menjawabnya. Cara kita mengakrabi sastera pun sudah salah. 

“Saya berpendapat, jika kita mahu memperkenalkan seni melalui pendidikan, kita kena laburkan pada guru,” katanya.

Forum anjuran Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang berlangsung selama dua jam itu membincangkan isu mengenai percaturan birokrasi, cabaran, dan isu melibatkan masa depan industri perfileman negara. 

Antara selebriti yang turut hadir menjadi panelis ialah Bront Palarae dan Redza Minhat.- Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 5 bulan yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 5 bulan yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara