web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


"Siapa Lelaki Siapa Perempuan? Konsep Aksi Gelek Kami Memang Mengelirukan Juri" – Shaffiq Erwin, Ara Johari 

Menurut pasangan sepupu itu lagi, bagi konsep minggu seterusnya yang diberi tema ‘retro', mereka akan muncul dengan sesuatu yang baharu.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 3:15PM

Shaffiq Erwin (dua kiri) dan Ara Johari (dua kanan) mengungguli minggu ke kedua program Famili Duo. - Gambar Media Prima

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melakukan aksi gelek hingga mengundang komen juri ‘siapa lelaki, siapa perempuan’, merupakan konsep plot twist pasangan sepupu, Ara Johari dan Shaffiq Erwin dalam persembahan mereka hingga berjaya merangkul gelaran juara minggu kedua kedua program Famili Duo. 

Bahkan, mereka turut mengetengahkan konsep seorang askar yang berperawakan tegas tetapi mempunyai hati yang lembut. 

“Selepas persembahan kami, juri bertanya ‘siapa lelaki, siapa perempuan?, itu sememangnya konsep yang cuba kami ketengahkan pada minggu kedua  ini.

“Kami ingin tampilkan seorang askar yang menunjukkan karakter lelaki yang ‘strong’, bila dia ingin mengurat seorang perempuan dan pada waktu yang sama, dia mempunyai  sisi lembutnya, itu yang kami cuba sampaikan dalam konsep kami minggu ini.

“Kalau penonton betul-betul perhatikan konsep kami, sejurus buat tarian gelek dan aksi tersebut, karakter lelaki itu akan jadi askar yang tegas semula. 

“Itu point kami. Watak tersebut seperti luarannya, dia nampak macam kasar tetapi dalam hati dia ada taman, lebih kurang macam itulah konsep kami,” ujar pasangan sepupu itu. 

Dalam pada itu, ketika disoal mengenai kejayaan mereka merampas takhta kejuaraan dengan meraih 69 peratus markah, pasangan tersebut mengakui ia sesuatu yang tidak dijangka.

Ara Johari dan Shaffiq Erwin - Gambar ihsan Media Prima
Ara Johari dan Shaffiq Erwin - Gambar ihsan Media Prima

“Sejujurnya, Alhamdulillah, kami jadi juara minggu kedua ini, kami berasa gembira dan dalam masa yang sama terasa beban juga.

“Iyalah, minggu ini jadi juara, dan bagi minggu depan untuk kami maintain tahap persembahan dengan kemenangan ini, agak susah dan berat  juga.

“Mesti expectation juri dan penonton agak tinggi, sebab kita sudah jadi juara. Jadi, bagi kami memenuhi jangkaan tersebut agak beban juga, kena fikir out of the box mengenai konsep bagi minggu depan ini,” jelas Shaffiq

Untuk konsep minggu seterusnya yang diberi tema ‘retro', mereka akan muncul dengan sesuatu yang baharu.

“Kami ingin menampilkan retro di tahap yang agak berbeza, kami tidak ingin bagi retro yang agak tipikal. 

“Kami belum fikir mengenai konsep lagi tapi, kami akan memberi sisi lain, bukan sisi iman (Sissy Iman) tapi sisi lainlah,” kata Ara sempat membuat lawak. 

Minggu kedua Famili Duo menyaksikan pasangan sepupu, Ara Johari dan Shaffiq Erwin merangkul gelaran juara mingguan dan membawa pulang RM10,000. 

Bertemakan ‘band’, Ara dan Shaffiq membawa lagu ‘Sedang Ingin Bercinta’ nyanyian asal kumpulan Dewa 19 yang menyuntik inspirasi gaya tentera dengan meraih markah sebanyak 69 peratus.

Umum mengetahui, program Famili Duo ini diadili oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu sebanyak 80 peratus manakala, 20 peratus lagi merupakan undian atas talian oleh penonton. – Getaran, 28 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Dia Cium Tangan Saya Dua Kali, Bukan Cium Biasa’ - Ara Johari Jadi Mangsa Serangan Seksual Peminat Fanatik

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Anugerah Juara Lagu Dan Aku: Penyanyi Wanita Harus Insaf Untuk Menjerit-Menjerit!  

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Bukan 'The Jebats', Tetapi 'The Jamals' Yang Dinobatkan Sebagai Juara Famili Duo Musim Kedua

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara