web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Dia Cium Tangan Saya Dua Kali, Bukan Cium Biasa’ - Ara Johari Jadi Mangsa Serangan Seksual Peminat Fanatik

Ara telah berhadapan dengan detik cemas apabila didatangi oleh peminat lelaki yang mencium tangannya secara paksa, namun lelaki itu berjaya ditangkap oleh orang awam dan kini ditahan polis.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 12:00PM

Ara Johari - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Ara Johari berhadapan dengan detik cemas apabila dirinya menjadi mangsa peminat fanatik yang bertindak luar batas terhadapnya.

Menerusi perkongsian Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 26, di media sosial, dia mendedahkan telah menjadi mangsa serangan seksual oleh peminat lelaki.

Menurut Ara, lelaki berkenaan telah menggenggam tangannya dengan kuat lalu mencium sebanyak dua kali. 

“Dia tarik tangan saya nak salam, lepas tu dia genggam kuat-kuat dan cium tangan saya dua kali. Bukan cium biasa. Memang cium bersungguh.

“Saya cuba tarik tangan saya tetapi tak boleh kerana dia pegang sangat kuat. Lepas itu dia beredar. Tetapi saya sempat pukul belakang dia dan cakap kau ni siapa? ,” dedahnya, 

Kongsi Ara lagi, dia sempat menjerit meminta pertolongan. Dan lelaki berkenaan berjaya ditangkap oleh orang sekeliling yang mendengar jeritan Ara.

Disebabkan itu, Ara telah membuat laporan polis dan lelaki berkenaan telah pun ditahan dan dibawa ke balai.

“Saya nak beritahu bahawa saya sangat kagum dengan orang Malaysia kerana mereka sama-sama tolong walaupun tak kenal siapa dan tak tahu kes apa. Mereka hanya dengar orang jerit suruh tolong tangkap sahaja,” ujarnya. 

Tambah Ara lagi, dia telah meminta pihak polis untuk memadamkan gambar-gambarnya di dalam telefon pintar lelaki berkenaan.

“Rupanya dalam telefon pintar lelaki berkenaan ada banyak gambar-gambar dia bersama artis lain. Semuanya adalah artis wanita. Kalau ya pun minat dan fanatik dengan artis, janganlah melampaui batas.

“Pengajarannya di sini, wanita-wanita di luar sana tolonglah lebih berhati-hati terutamanya ‘public figure’ sebab kita tak tahu niat orang terhadap kita,” tulisnya dalam perkongsian itu. 

Semoga artis-artis di luar sana terutamanya wanita lebih berhati-hati dalam berinteraksi dengan peminat terutamanya peminat lelaki. Patutlah ada selebriti yang sanggup mengupah pengawal peribadi. Kepada pemiant, usahlah berlebihan. Akhirnya meratap di sebalik tirai besi. – Getaran, 27 Jun 2023.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Sami Warga Asing Suspek Kes Serangan Seksual Wanita Tempatan Diburu

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Serang Anak Sendiri Secara Seksual, Bapa Dipenjara 13 Tahun

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Bill Cosby Sekali Lagi Disaman Atas Dakwaan Terbaharu Serangan Seksual

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Cium Pelancong, Pembantu Jurulatih Selam Skuba Dicekup

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara