web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bill Cosby Sekali Lagi Disaman Atas Dakwaan Terbaharu Serangan Seksual

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 2:09PM

Bill Cosby - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHILADELPHIA - Bill Cosby menghadapi satu lagi saman serangan seksual yang difailkan oleh bekas model Playboy Victoria Valentino, yang mendakwa pelawak itu memberikan dadah  dan merogolnya pada 1969, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Valentino, 80, memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada Jumaat mengikut undang-undang baharu yang membatalkan sementara statut had ke atas kes sivil berkaitan serangan seksual. Undang-undang itu yang tamat pada akhir tahun ini membenarkan orang yang mendakwa mereka diserang sebagai orang dewasa, memfailkan saman sivil tanpa mengira bila kejadian itu berlaku.

Valentino menyaman Cosby atas serangan seksual dan seks tanpa kerelaan. Saman itu menuntut ganti rugi am, khas dan punitif yang tidak dinyatakan, serta yuran guaman dan kos mahkamah.

Saman itu juga mensasarkan sehingga 20 defendan yang tidak dinamakan, termasuk ejen dan pekerja lain yang didakwanya membantu Cosby.

Cosby, 85, sebelum ini disabitkan bersalah melakukan serangan seksual terhadap bekas jurulatih bola keranjang Temple University, Andrea Constand pada 2004 di mahkamah Montgomery County pada 2018.

Beliau dijatuhi hukuman penjara tiga hingga 10 tahun dalam kes itu, tetapi dibebaskan selepas hampir tiga tahun apabila Mahkamah Agung Negeri Pennsylvania membatalkan sabitannya pada 2021.

Sekurang-kurangnya 60 wanita menuduh penghibur itu melakukan serangan seksual, gangguan atau rogol.

Tahun lalu, Cosby didapati bertanggungjawab dalam kes sivil di Santa Monica, California, di mana juri mendapati dia melakukan serangan seksual terhadap Judy Huth ketika dia masih di bawah umur pada pertengahan 70-an. - Bernama-dpa

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini