web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cium Pelancong, Pembantu Jurulatih Selam Skuba Dicekup

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 4:49PM

Pemuda berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 12.50 tengah malam Ahad, sebaik polis menerima laporan daripada wanita berkenaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara gagal mengawal nafsu, seorang pembantu jurulatih selam skuba dicekup polis selepas disyaki mencabul seorang pelancong China.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata suspek melakukan perbuatan itu ketika melakukan aktiviti selam skuba bersama suspek di perairan Semporna, Sabah.

Menurut beliau, pemuda berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 12.50 tengah malam Ahad, sebaik polis menerima laporan daripada wanita berkenaan.

“Dia ditahan di sebuah tempat penginapan selepas mangsa membuat laporan polis pada Sabtu.

“Siasatan mendapati, kejadian tersebut berlaku Jumaat lalu ketika mangsa yang berusia 25 tahun sedang melakukan aktiviti selam skuba di sebuah pulau peranginan di Semporna,” katanya hari ini.

Jelas Arif, suspek dikatakan telah mencium mangsa kira-kira jam 1 petang, Jumaat lalu.

“Susulan insiden, wanita berkenaan membuat laporan polis keesokan hari, sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Tawau.

“Mangsa selanjutnya meneruskan penerbangan pulang ke negara asal sebaik tiba di Kuala Lumpur,” katanya.

Arif berkata, suspek adalah rakyat tempatan yang bekerja sebagai pembantu jurulatih selam separuh masa.

“Dia disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan perintah reman telah dimohon untuk membolehkan pemuda terbabit ditahan sehingga Khamis ini, bagi membolehkan siasatan lanjut diambil,” katanya. - Getaran, 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad